Wanita penjagaan diri dan juga kosmetik sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kebelakangan ini kaum lelaki juga mengambil berat tentang ini. Dan kali ini saya ingin kongsikan satu jenama tempatan terbaru di pasaran iaitu KENZ.
Jenama KENZ mula diperkenalkan di pasaran pada 1 Julai 2020. Produk yang diformulasi dari bahan-bahan semulajadi ini sememangnya telah mendapat kelulusan selamat digunakan daripada KKM.
Diasaskan oleh Kelly Azman yang mana menrurut beliau, penghasilan semua produk ini hasil penelitian terperinci dan minatnya terhadap dunia kecantikan. Atas sokongan kawan-kawan rapat maka terhasil jenama KENZ.
Pada awalnya nama KENZ idea asalnya adalah daripada perkataan King (Raja, iaitu nama founder). Tapi disebabkan terlalu banyak jenama yang menggunakan perkataan Kings, maka terlahirlah nama KENS (atau boleh sahaja cara sebutan kepada Kings)
Jenama KENS mempunyai dua kategori produk iaitu Penjagaan Diri (skincare) dan Kosmetik (cosmetic). Setakat entri ini ditulis hanya 5 produk sahaja baru dipasarkan iaitu :-
Penjagaan Diri (Skincare)
- Facial foam
- Serum
Kosmetik
- Mineral Compact Powder
- Eyeliner
- Magic Lip Balm
Penerangan Ringkas Produk KENS
KENZ Face Oil Serum
Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga matahari. Ianya mampu merawat jerawat dan jeragat. Apa yang bestnya, aroma serum ini juga seperti terapi - wangi bau bunga-bungaan. Selain untuk kegunaan di muka boleh juga digunakan pada anggota badan yang lain.
KENZ Facial Foam
Facial foam dalam bentuk tekstur gel ini sesuai digunakan samada untuk lelaki mahupun perempuan. Diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi dan ianya juga mengandungi anti-septik. Jadi pada yang sama boleh membunuh kuman.
KENZ Lip Balm
Ini antara produk yang saya gemar juga iaitu KENZ Lipbalm. Produk ini tahan sehingga 8 jam penggunaannya dan mempunyai kebaikan 3 dalam 1. Antara kebaikannya seperti melembap, merawat (mempunyai anti-septik) serta mencantikkan bibir.
Pakaina agak mudah. Hanya oles selapis di bahagian bibir. Kemudian kita akan perhatikan warna lipbalm ini akan berubah mengikut warna darah kita. Tekstur sangat ringgan dan pada masa yang sama mampu melembapkan bibir kita. Bibir lebih nampak seksi, giteww.
Selain itu, aromanya juga boleh dijadikan terapi (very calming). Sebab kandungannya juga mengandungi anti-septik maka kita boleh sapukan di mana-mana bahagian lain anggota badan sekiranya kita merasa gatal (ianya boleh mengurangkan kegatalan).
KENZ Liquid Eyeliner
Produk ini mesra wuduk, 'waterproof'dan sangat mudah menggunakannya. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memakainya di bahagian mata. Sangat rekomen untuk wanita yang sangat mementingkan masa, hiks.
KENZ Compact Powder
Finishing paling best. Ianya boleh kurangkan masalah muka berminyak. Tahan 8 jam. Selain itu ianya dapat menutup pori-pori di muka. Saiznya yang kompak, mudah untuk di bawa ke mana sahaja.
Cara Pembelian
Boleh hubungi Cik Erina di talian 019-7794794 atau DM di https://www.instagram.com/kenzproduct/
Nak beli melalui saya pun boleh, hiks.
Korang kena rajin juga untuk cikedaut daripada IG KENZ Product, ini kerana adakalanya terdapat juga harga-harga promosi menerusi set kombo. Produk adalah terhad, siapa cepat dia dapat :-)
KENZ..Pasti Sesuatu Opps..
