Restoran Sana-Sini Cyberjaya, Macam-macam Menu Ada!- Punyai selera yang besar dan suka mencuba pelbagai jenis makanan? Jangan risau! Terjah sahaja Restoran Sana-Sini yang terletaknya di Cyberjaya. Banyak betul pilihan hidangan fusion dan berinsipirasikan masakan Hong Kong yang enak-enak ditawarkan. Memang rambang mata memilih apabila melihat menu-menu hidangan di Restoran Sana-Sini.
Restoran Sana-Sini
Lot Number: LG 01,
DPULZE SHOPPING CENTRE,
Persiaran Multimedia,
Cyber 12,
63000 Cyberjaya,
Selangor.
Restoran Sana-Sini juga mengamalkan SOP seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan. Ini terutama dalam merekodkan kehadiran dan juga pengambilan suhu badan.
VARIASI VERSATIL HIDANGAN FUSION DAN INSPIRASI DARI HONGKONG
Seperti yang saya war-warkan terdapat banyak pilihan hidangan makanan. Dan hntara hidangan terbaik yang boleh korang cuba adalah seperti:-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
Salted Egg Chicken Wing
Curry Laksa Noodle
Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
Sizzling Ayam Bakar Rice
Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
Pineapple Seafood Fried Rice
Claypot Beancurd With Vegetable
Butter Chicken With Egg Floss Rice
Spicy Szechuan Chicken Rice
Classic Chicken Carbonara
Spaghetti Aglio Olio With Seafood
Fire Flame Cajun Chicken Chop
Black Papper Beef Rice
Sweet And Sour Fish Rice
Salted Egg Yolk Squid Rice
Sambal Prawn Rice
Butter Milk Chicken Rice
Sebagai peminat hidangan yang ada rasa percikan pedas tentunya Sambal Prawn Rice dan juga Spicy Szechuan Chicken Rice sentiasa menjadi pilihan saya. Dengan rasa pedas, ditambah dengan masam-manis menjadikan rasa masakan ini memang padu. Ini terutamanya hidangan Spicy Szechuan Chicken Rice, isi ayam yang digoreng cukup garing ditabur dengan chilli flakes memang sedap dinikmati dengan nasi panas-panas.
Tetapi untuk anak-anak tentunya mereka akan memilih masakan spaghetti dan juga buttermilk. Sesuai dengan rasa masakan ini iaitu lemak-lemak manis dan tidak pedas. Namun begitu, masakan seperti nasi 7 beradik memang agak popular di sini, begitu juga dengan Pineapple Seafood Fried Rice dan Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop. Hidangan ini bukan sahaja unik bahkan didatangkan juga rasa yang hebat memikat jiwa.
Disediakan juga 'free flow' untuk ais krim, sup dan salad di satu sudut, khas buat pelanggan yang datang menikmati hidangan di Restoran Sana-Sini Cyberjaya.
Kepuasan menikmati air minuman yang begitu besar saiz bekasnya. Saiz jumbo!
Melihat kepelbagaian hidangan yang begitu menyelerakan, memang sesuai untuk datang ke sini bersama keluarga mahupun rakan. Mudah untuk membuat pilihan yang pastinya dapat memenuhi citarasa setiap orang.
FASILITI UNTUK PENGUNJUNG RESTORAN
Jika kita hendak meraikan sambutan hari lahir dan sebagainya, memang ada disediakan kemudahan dan satu sudut restoran yang bersesuaian.
Bagi mereka yang membawa anak kecil, disini turut disediakan kemudahan taman permainan mini.


Sebab ianya berada didalam premis restoran yang sama jadinya dari segi keselamatan kita tidak perlu risau. Ini kerana anak akan sentiasa berada di depan mata.
DEKORASI MENARIK DAN SIMPLE DENGAN KELUASAN YANG SELESA
Saya juga minat dengan dekorasi didalam restoran. Simple dan menampakkan keluasan premis restoran yang luas serta selesa.
Brick and mortar, warna tanah, tampi mengkuang antara faktor yang menampakkan ciri restoran ini yang agak esklusif dan punyai tarikan tersendiri.
Kami dah ke sini,
Korang bila lagi?
Restoran Sana Sini,
Makanan bervariasi,
Enak menjilat jari,
Memang puas hati
Ikuti laman sosial Restoran Sana Sini untuk lebih info :-)
Instagram : https://instagram.com/sanasinirestoran?igshid=u5yrxpzifty4
