SMI Cars Secara Rasmi Membuka Ruang Pameran Baru | Tawaran Potongan Harga Sehingga 50%- Memiliki kenderaan mewah dan berinovasi tinggi sememangnya memberi kepuasan peribadi. Melihat sahaja pada rekaan luar dan dalam yang begitu esklusif, enjin yang berkuasa timggi siapa sahaja yang tidak mahu memilikinya.
Syarikat ini diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda yang berjiwa besar. SMI Cars ada menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan import kepada rakyat Malaysia. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.
Ruang pameran yang terletak begitu strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Siapa sangka bangunan satu tingkat ini telah direka khas rekabinanya oleh seorang bakal arkitek Asyraaf Khan. Baru berumur 19 tahun, Asyraaf berjaya menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan. Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.
Kehadiran Nico G yang mendapat perhatian semua tetamu yang hadir.
Nico G tetap mantap ketika membuat persembahan dan paling penting maintain humble. Dari dulu sampailah sekarang :-)
Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan. Antarana seperti Nico G dan Dato' Jamal Abdillah.
Nico G
Turut hadir Dato' Jamal Abdillah yang turut menyumbangkan sebuah lagu selepas majlis pelancaran.
Tawaran Potongan 50%
Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana. SMI Cars turut tidak terkecuali menyokong usaha ini dengan membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).
Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata,
Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.
Sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah,
Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka.SMI Cars juga berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai SMI Cars, boleh layari platfom media sosial seperti berikut: