Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Pakaian Kasual dan Formal Untuk Plus Size | Pilihan Saya Tentulah Bob Rock Apparel

$
0
0
Wanita chubby seperti saya memang sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai di pasaran. Namun apabila saya mula mengenali Bob Rock Apparel, segalanya berubah. Begitu banyak koleksi buat mereka yang bersaiz besar.

Paling menarik setiap rekaan baju yang diperkenalkan adalah esklusif dan terhad. Dengan potongan rekaan khas untuk orang Asia yang berbadan besar tetapi tidak terlalu tinggi. Paling best! Tentulah pemilihan fabrik yang digunakan. Kebanyakannya adalah jenis cotton dan sesuai untuk iklim di Malaysia.

Untuk baju wanita, ianya adalah dibawah label Lovelily. Saiz yang ditawarkan adalah dari L hinggalah 5XL.


Lihat sahaja koleksi kemeja yang ditawarkan. Banyak betul pilihankan! Ada pelbagai warna yang boleh dipilih. Saya suka konsep mix and match dalam berpakaian, memudahkan kita buat pilihan terutama sesuai dengan situasi harian. Contohnya kalau ada perjumpaan atau mesyuarat, hadiri acara perasmian mahupun keluar bersantai bersama rakan yang lain..

Paling penting selesa!

Dari baju hinggalah seluar, saya boleh pilih terus dari butik Bob Rock ini. Oh ya! Tidak perlu risau kalau tidak berkesempatan ke sini. Korang boleh juga membeli secara atas talian di laman web https://www.bobrocklovelily.com.my/. Memang sangat mudah dan praktikal.

Detailing pada lengan baju ini memang cantik. saya suka sangat ropol-ropol beralun yang sangat kemas jahitannya.

Antara baju kegemaran saya dari butik. Simple tapi cantik terletak di badan. Ini kerana saya sudah mencuba dan lihat sendiri hasilnya setelah digayakan.

Kemeja ini antara koleksi kegemaran didalam almari saya. Senang digosok (ironeless) dan paling penting ianya boleh digayakan samada untuk acara formal mahupun kasual.

Baju kurung moden pun ada. Kalau mencari untuk pakaian ke majlis istimewa, perayaan dan sebagainya. Bolehlah dapatkan di Bob Rock Apparel.

Ada juga pakaian sedondon lelaki dan perempuan. Memang sangat cantik corak kain dari koleksi sedondon ini.

Selain daripada seluar Roma Scott (checker), saya juga cukup berkenan dengan seluar palazzo di sini. Ada corak stripe dan juga plain. Material memang best!

Stretchable 3/4 Jeans ditawarkan dalam dua warna samada hitam ataupun biru. Koleksi ini agak terhad ya!

Untuk koleksi lelaki memang lebih banyak pilihan. Ini memandangkan jualan utama produk di butik ini adalah pakaian lelaki. Korang boleh lihat sendiri antara koleksi Bob Rock di laman web mereka iaitu https://www.bobrocklovelily.com.my/

Balik Kampung Sale
Berita baik untuk semua. Bob Rock Apparel menganjurkan Balik Kampung Sale yang bermula dari hari Jumaat, 24/7/20 jam 12.00 am sehinggalah Ahad 2/8/20 11.59 pm. Hampir semua koleksi diberikan harga diskaun.

Lebih menarik terdapat juga diskaun atas diskaun tau! Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan memasukkan kod diskaun 'AYUARJUNA' dan korang bakal nikmati Extra +10% diskaun!




Pembelian boleh samada datang ke butik ataupun di atas talian.

BOB ROCK LOVELILY
https://www.bobrocklovelily.com.my/
Lot F15, Level 1
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E
40100 Shah Alam, Selangor

No Tel: 03 - 5513 3588
Beroperasi: 10am - 10pm 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933