Siapa sahaja pasti cukup mengenali jenama Carrie Junior, jenama penjagaan diri bayi dan kanak-kanak yang cukup tersohor dan sudah berada di pasaran lebih 20 tahun lamanya. Hampir ke semua anak-anak saya membesar dengan produk ini. Ianya sememangnya sesuai untuk kanak-kanak seawal usia bayi yang baru dilahirkan.
Terkini Baby Carrie Junior memperkenalkan siri terbaru mereka yang diformulasi daripada bahan-bahan 100% organik. Antaranya seperti Organic Oat mil & Milk of Almonds dan Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Di mana formulasi terbaru ini bagus untuk kulit bayi dan kanak-kanak, dapat melembut serta melindungi kulit mereka.
Antara produk terbaru Carrie Junior yang telah anak-anak saya cuba seperti;
Baby oil
Dihasilkan dari Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Suka dengan baunya yang sangat lembut. Saya meletakkan pada Yara setiap kali lepas mandi terutama di bahagian lutu dan siku. Memang suka effect lepas guna, lembut jer kulit bahagian tersebut.
Baby Lotion
Sebagai peminat losyen memang saya teruja dengan produk ini. Dihasilkan daripada Organic Oat mil & Milk of Almonds memang formulasi ini sangat sesuai untuk kulit bayi.Cepat serap dan tidak berlengas.
Baby Bath
Head to Toe Gentle Wash
Dari kambut sehingga ke kaki. Memang sangat jimat kerana selain daripada membersih badan boleh digunakan sebagai syampu rambut. Diformulasi daripada Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil memang sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.
Bila anak selesa dan ceria, mereka tidak akan meragam. Bahkan anak-anak akan sentiasa bersemangat melakukan aktiviti dunia kecil mereka di rumah. Pastinya produk yang menggunakan bahan organik adalah pilihan terbaik dalam memastikan ianya benar-benar selamat digunakan terutama buat anak kecil.
Korang boleh dapatkan produk ini di semua rangkaian farmasi, kedai dan pasaraya yang berhampiran. Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari :-
