Untuk pengetahuan semua warna oren adalah Scrub Dots Non-Scratch Sponge, manakala warna hijau adalah Scrub Dots Heavy Duty Sponge. Keduanya penyental yang bersigat kalis calar. Paling penting ianya juga berfungsi sebagai pelindung perkakasan dapur yang dicuci daripada kesan calar dan juga kerosakan.
Seperti saya ada juga menggunakan perkekasan dapur yang berjenama seperti tefal, luminarc dan pelbagai lagi. Dan saya memang sayang dengan perkakasan yang dibeli ini. Jadi saya memang menjaganya dengan teliti.
Selain itu Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge juga dapat menyingkirkan kuman dengan serta-merta. Dengan bintik-bintik (dots) yang terdapat pada sponge boleh menangkis kotoran serta cirinya yang mempunyai kerintangan anti mikrob dapat mengekang pembiakan bakteria. Paling penting kerja mencuci menjadi lebih mudah.
Scrub Dots Non-Scratch Sponge
Cucian memang mudah dan pantas. Hanya letakkan sedikit pencuci pinggan alirkan sedikit air. Gosok secara perlahan permukaan pinggan yang kotor.
Tada!!! Berkilat-kilat pinggan suka tengok. Paling penting puas hati sebab benar-benar bersih.
Untuk jenis penyental yang ini khas untuk cucian degil kotoran seperti kesan kotoran di periuk kuali dan sebagainya.
Memang mudah dan praktikal. Selesai mencuci hanya bilas dengan air. Dan periuk korang akan bersih berkilat-kilat!
Tips untuk mengekalkan Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge agar lebih tahan lama, antaranya seperti:-
- Pastikan lepas menggunakan penyental (sponge) ini, dibersihkan dan diperahkan sehingga kering. Ini sekiranya dibiarkan sentiasa basah boleh menyebabkan pembiakan bakteria.
- Gantung penyental (span) bagi membolehkan ianya cepat kering dan pastikan ada udara melalui pada rongganya,
- Adalah digalakkan penggantian penyental (sponge) setiap 3 minggu.
Korang boleh dapatkan produk ini di pasaraya-pasaraya berdekatan ataupun di platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
