Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network | We Bare Bears : The Movie- Yuhuu!! Adakah semuanya sudah bersedia untuk menonton tayangan filem perdana paling besar di Cartoon Network! Tayangan dijadualkan pada 11pagi, Sabtu, 12 September. Yerp! Beruang-beruang kegemaran ramai telah kembali dalam pengembaraan terhebat dengan filem televisyen pertama mereka, We Bare Bears: The Movie menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635) dan saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.
Hidup sememangnya menyeronokkan buat trio yang disukai ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya. Mereka telah dihalau keluar dari rumah mereka dan menyebabkan Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada!
Hidup sememangnya menyeronokkan buat trio yang disukai ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya. Mereka telah dihalau keluar dari rumah mereka dan menyebabkan Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada!
The Bears memulakan kembara jalanan dan menemui rakan-rakan baharu, menghadapi rintangan berbahaya dan menyertai pesta besar-besaran. Tetapi yang paling penting, perjalanan yang berbahaya itu memberikan pengalaman pertemuan kali pertama mereka dan bagaimana mereka menjadi saudara sekaligus membuatkan ikatan kekeluargaan mereka tidak berpisah.
Menjelang pelancaran filem ini, para peminat juga boleh menonton episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, iaitu pada 4 petang setiap hari bermula 24 Ogos sehingga 11 September, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Setiap minggu akan mempertontonkan sorotan setiap satu Bear (beruang) dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik dan asal usul kualiti setiap ahli trio We Bare Bears.
Kisah Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta Grizz terhadap makanan!
![Panda.png]()
Akhir sekali, Ice Bear konklusi semuanya , di mana episod istimewa ini adalah dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan paling teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.
Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kalinya untuk tontonan Asia dengan Pesta bertemakan, Idea dan Aktiviti We Bare Bears.
Korang boleh tonton tayangan movie ini pada jan 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dan siaran ulangannya pada jam 3 petang dan 7 malam. Jom sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Jangan lupa untuk kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan meletakkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears di media sosial korang.
Untuk sertai peminat di Malaysia perlu memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.
*NOMBOR SALURAN TV WARNERMEDIA:
· Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635)
· Boomerang (Saluran UnifiTV 555)
· HBO (Saluran Astro 411 HD)
· Warner TV (Saluran Astro 712 HD / Saluran UnifiTV 451)
· Oh!K (Saluran Astro 394)
![]()
Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang beliau anggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi di internet bersama Nom Nom dan juga penghormatan khas untuk anime dan K-pop!
Kupasan Tentang We Bare Bears: The Movie
Membawa pengembaraan dan persaudaraan kawanan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie. Filem ini juga akan menampilkan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang tamu khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O. Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.Korang boleh tonton tayangan movie ini pada jan 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dan siaran ulangannya pada jam 3 petang dan 7 malam. Jom sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Jangan lupa untuk kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan meletakkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears di media sosial korang.
Untuk sertai peminat di Malaysia perlu memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.
· Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635)
· Boomerang (Saluran UnifiTV 555)
· HBO (Saluran Astro 411 HD)
· Warner TV (Saluran Astro 712 HD / Saluran UnifiTV 451)
· Oh!K (Saluran Astro 394)
Tentang Cartoon Network Asia Pacific
Cartoon Network, saluran kanak-kanak nombor satu di Asia Pasifik, menawarkan kandungan animasi original terbaik termasuk hits global yang telah memenangi banyak anugerah seperti Ben 10, The Powerpuff Girls, Teen Titans Go!, OK K.O.! Let’s Be Heroes, Adventure Time dan We Bare Bears; serta animasi original Asia Pasifik termasuk Monster Beach dan Lamput yang pernah menerima pencalonan dalam Emmy Awards.
Cartoon Network tersedia dalam 14 bahasa dan di lebih daripada 135 juta kediaman TV berbayar di 29 negara di seluruh Asia Pasifik. Di peringkat antarabangsa, saluran ini telah ditonton di 192 buah negara dan lebih dari 400 juta isi rumah, dan merupakan peneraju industri dengan penawaran global yang terbaik hiburan animasi kanak-kanak dan keluarga berkelas pemenang anugerah.
Jenama ini dikenali dengan meletakkan para pengikutnya di tengah segalanya dengan menerapkan pemikiran kreatif dan inovasi di pelbagai platform. Cartoon Network juga sudah mencapai banyak lagi kejayaan iaitu menerusi laman web, permainan, platform rakan kongsi seperti HBO GO, dan aplikasi termasuk Cartoon Network Watch and Play. Cartoon Network, jenama pendamping kepada Boomerang dan POGO, dibuat dan diedarkan oleh WarnerMedia Entertainment Networks Asia Pasifik.
