Baloy bunyi memang catchy, ianya adalah dari perkataan berbaloi sebenarnya. Apa yang menarik produk yang ditawarkan di sini memang dijual pada harga cukup berbaloi. Samada kita boleh mendapatkannya melalui 'walk-in' ke kedai ataupun menerusi platform membeli-belah mereah www.baloy.com.my . Memang semudah ABC, semuanya di hujung jari :-)
Dan saya berkesempatan ke pembukaan cawangan Baloy Member Mart ke-46 nya di Kota Damansara baru-baru ini. Memang best!
Mengenai Baloy
Berasaskan format platform Online to Offline, Baloy menawarkan pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah, menyaingi harga di pasaran. Dengan lebih 500 barangan dari jenama ternama seperti Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi, Baloy mula beroperasi setahun yang lalu dan merancang untuk membuka 100 buah kedai menjelang Disember ini. Baloy Member Mart kini boleh ditemui di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman web Baloy atau di mana-mana 46 kedai fizikal mereka.
Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan - bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.
Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami.
Dan Lim, Pengarah Baloy.
Turut hadir memeriahkan pelancaran Baloy Member Mart di Kota Damansara adalah penyanyi
dan DJ popular negara, Dina Nadzir.
Banyak Pilihan Barangan Runcit Pada Harga Menarik
Memang rambang mata membeli-belah di sini. Banyak betu produk barangan rumah yang saya boleh beli kerana harga yang ditawarkan agak murah yang ada ditawarkan di pasaran. Selain itu, perletakan produk sangat kemas dan tersusun. Memang sangat mudah untuk membuat carian barangan.
Kemas dan tersusun. Senang membuat carian.
Memang saya memborong kopi di sini. Sebab ada jenama yang saya gemar seperti Nestle, Sin Sing dan Hang Tua ada ditawarkan di Baloy Mart,
Murahkan! Harga biasa dalam RM12 lebih.
Satu kotak hanya RM10 sahaja
Untuk tempoh terhad Coke 1.25 liter ditawarkan pada harga RM1.79 sebotol.
Macam-macam saya beli memang puas hati.
Dan saya tak sabar untuk shopping lagi di sini,
pilihan terbaik untuk berbelanja barangan rumah seisi famili.
Keterangan lanjut boleh layari,
Laman web : baloy.com.my
Instagram: @baloymembermartFacebook: @baloymembermart
#BaloyMemberMart
#LowestPriceGuaranteed
#MemangBerbaloi
#GrandLaunch
