Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Nippon Paint VirusGuard | Inovasi Cat Terbaru Terbukti 99% Berkesan Melawan Koronavirus Manusia

$
0
0
Nippon Paint VirusGuard | Inovasi Cat Terbaru Terbukti 99% Berkesan Melawan Koronavirus Manusia- Saya memang sangat mengambil berat tentang kebersihan terutama di rumah. Apatah lagi sekarang ini terdapatnya banyak penyakit disebabkan dari jangkitan virus atau bakteria. Namun demikian kadang-kadang kita lupa kerja pembersihan bukan sahaja perlu dilakukan di kawsan permukaan lantai, perabut dan meja sahaja. Bahkan sebenarnya bahagian dinding, permukaan paling besar dalam mana-mana ruang dalaman sering diambil ringan semasa aktiviti pembersihan.


Pelancaran Nippon Paint VirusGuard

Mengambil berat tentang isu ini, pembekal penyelesaian menyeluruh cat No. 1 Malaysia, Nippon Paint Malaysia (“Nippon Paint”) telah melancarkan cat anti virus dan anti bakteria iaitu Nippon Paint VirusGuard. Cat inovasi ini memiliki ciri tambahan yang baharu serta telah diuji di makmal dan didapati 99% berkesan melawan koronavirus manusia (strain 229E).

Di majlis pelancaran Nippon Paint VirusGuard, Encik Yaw Seng Heng selaku Pengarah Urusan Kumpula Nippon Paint Malaysia Group berkata,

Nippon Paint VirusGuard adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan para pengguna di Malaysia. Selepas melancarkan cat yang memberi fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan dua dekad yang lalu menerusi pengenalan cat tanpa bau (‘Odourless Paint’) yang pertama di Malaysia, kami terus membawakan pelbagai penyelesaian baharu seperti Siri Pilihan Hijau (‘Green Choice Series’), Rangkaian Kesejahteraan Kanak-kanak (‘Child Wellness Range’) dan Rangkaian Kesejahteraan Ruang Tertutup (‘Indoor Wellness Range’). Pelancaran inovasi cat yang baharu dan dipertingkatkan ini adalah tepat pada masanya ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan normal baharu dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah dan di tempat kerja demi keselamatan semua.
Untuk pengetahuan semua, Cat Nippon Paint VirusGuard telah diuji dengan Koronavirus Manusia, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group pada awal tahun ini. Apa yang menakjubkan VirusGuard telah menunjukkan pengurangan sebanyak 99.9% pada titer virus selepas virus bersentuh pada lapisan cat. Dan Koronavirus manusia (strain 229E) merupakan strain koronavirus pertama yang dikenal pasti dalam keluarga virus. Strain ini telah dikaitkan dengan simptom selesema biasa dan jangkitan saluran pernafasan.

Apa Itu Silver Ion Technology
Info ini agak menarik! Ini kerana saya baru tahu tentang hebatnya Silver Ion Technology yang telah terbukti berkesan melawan virus yang dikaitkan dengan penyakit pernafasan. Pastinya Cat Nippon Paint VirusGuard menggunakan Silver Ion Technology ya!

Selain itu Silver Ion Technology terbukti berkesan untuk mengurangkan pembiakan virus dan bakteria seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease. HFMD), influenza A (H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus aureus, serta koronavirus manusia (strain 229E).

Walaupun strain 229E berbeza berbanding strain koronavirus yang menyebabkan pandemik COVID-19 yang kita alami sekarang, namun penyakit pernafasan ini sebenarnya secara terus menerus membebankan kesihatan manusia di seluruh dunia dan merupakan antara penyebab penyakit yang teruk dan punca kematian paling biasa di peringkat global. 

Jangan bimbang ini kerana Silver Ion Technology adalah selamat untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga binatang.

Silver Ion Technology mencegah penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah;

 menyahaktifkan fungsi virus dan bakteria
 mengurangkan keupayaannya untuk bertambah dan merebak dan;
 menyekat pertumbuhan dan seterusnya mematikan bakteria dan virus


Datin Wong Meng Lee, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran, Nippon Paint Malaysia berkata, 
Sebagai peneraju pasaran dalam penyelesaian cat yang menyeluruh, Nippon Paint merupakan peneraju inovasi dan komited untuk terus mencari peluang, teknologi baharu dan penyelesaian yang inovatif untuk pelanggan dan pemegang taruh (‘stakeholders’) kami. Dengan memanfaatkan ciri anti virus dan anti bakteria Silver Ion Technology, kami berhasrat untuk mewujudkan dan memastikan rumah, tempat kerja dan ruang awam sentiasa selamat dan kondusif, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini selain mengikuti langkah-langkah pencegahan yang lain.

Sesuai untuk mana-mana ruang dalaman, cat Nippon Paint VirusGuard memiliki ciri-ciri berikut:

 Anti virus
 Anti bakteria
 Sebatian Organik Mudah Meruap (Volatile Organic Compound, VOC) yang sangat rendah
 Sangat mudah dibasuh
 Tahan sental
 Tahan kulat dan kulapuk
 Warna tahan lama
 Penyelenggaraan mudah dan tanpa masalah

Nippon Paint VirusGuard merupakan penyelesaian cat mesra alam yang turut memiliki persijilan Ujian Label Hijau Singapura.

Normal Baharu dalam Era COVID-19
Dilaporkan di Malaysia lebih 9,000 kes COVID-19 sehingga kini. Dan kita warga Malaysia telah melalui beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (‘PKP’) sejak 18 Mac yang menyaksikan perniagaan, fasiliti pendidikan dan pelbagai aktiviti lain digantung buat sementara.
Kini dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (‘PKPP’), Jabatan Statistik mendapati bahawa hampir 70% tenaga kerja telah kembali bekerja 3 dengan normal baharu, di mana Prosedur Operasi Standard (‘Standard Operating Procedures’) dan langkah-langkah pencegahan yang ketat telah dilaksanakan mengikut COVID-19: Garis Panduan Pengurusan Tempat Kerja oleh Kementerian Kesihatan. Semua persekolahan juga telah disambung semula untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah serta pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang tertentu.


Mengulas tentang perniagaan dan individu yang kini menyambung semula aktiviti harian mereka dalam normal baharu, Dr Chang Li-Yen, Profesor Madya dan Ahli Virologi di Jabatan Mikrobiologi Perubatan (Fakulti Perubatan) Universiti Malaya berkata, 

Kesan COVID-19 akan kekal dengan agak lama. Walaupun Malaysia mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menguruskan kes-kes COVID-19, namun normal baharu perlu diamalkan dengan teliti. Sambil kita meneruskan kehidupan harian, baik di tempat kerja atau di kediaman masing-masing, kita perlu terus mengamalkan dan melaksanakan tindakan-tindakan asas bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit. Selain daripada usaha penjarakan sosial, membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup muka dan membersihkan ‘titik panas’ atau ‘titik sentuhan yang kerap’ adalah langkah pencegahan yang kritikal. ‘Titik panas’ merujuk kepada kawasan di mana wujudnya risiko kehadiran agen-agen mudah berjangkit termasuk virus dan bakteria. 
Antara contoh ‘titik panas’ termasuklah tombol pintu, permukaan meja malah dinding yang merupakan permukaan paling besar di rumah dan pejabat anda. Oleh sebab kita sering bersentuh dengan ‘titik panas’ ini, maka adalah penting untuk mengekalkan kebersihan kawasan ini dan pada masa yang sama mewujudkan keadaan dalaman dengan aliran udara yang baik untuk ruang dalaman yang selesa dan sejahtera.
Dalam perbincangan bersama Encik Yaw Seng Heng, Datin Wong Meng Lee dan Dr Chang Li-Yen turut menyentuh tentang tempoh keberkesanan Nippon Paint VirusGuard akan tetap bertahan sebagai anti virus dan bakteria selagi perlindungan cat dijaga dengan keadaan yang baik.

Sememangnya banyak yang saya belajar terutama dari sudut kimia dan biologi yang boleh membantu kita sama-sama menghidari virus penyebab penyakit melibatkan penafasan. Jadi sebagai langkah penjagaan terbaik untuk keluarga, saya memilih Nippon Paint VirusGuard untuk melindungi keluarga saya ketika berada di rumah setiap hari! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nipponpaint.com.my/virusguard/keepingeveryonesafe



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935