
Ketujuh anak saya mempunyai kecenderungan atau minat yang berbeza. Sama juga karakter agak berlainan dan ada juga hampir sama. Namun dari segi sains, kita boleh lihat jelas pemikiran dan kemahiran mereka melaui penggunaan tangan jika menulis. Samada 'kidal' ataupun menulis menggunakan tangan kanan (comman).
Bila orang tanya, bila kita boleh sedar yang anak kita sebenarnya seorang yang kidal. Sebenarnya kecenderungan mereka menggunakan tangan kiri boleh dilihat seawal usia dua ke tiga tahun. Ini kerana pada usia ini kemahiran motornya sedang berkembang dan akan menunjukkan bahagian mana yang lebih dominan. Lebih ketara ketika kanak-kanak mencapai usia lima tahun, apabila banyak aktiviti mereka akan gunakan lebih tangan kiri.
Didapati 3 anak lelaki saya memang kidal orangnya - Anaqi, Afiq dan Ameer. Ketiga mereka memang mempunyai kemahiran lebih kepada otak kanan. Untuk pengetahuan semua, bagi mereka yang kidal fungsi otak kanannya berkembang lebih baik dan lebih dominan berbanding otak kiri.
Otak kiri berperanan mengawal kemampuan berbahasa, bercakap, menulis dan semua perkara berkaitan tata bahasa. Sementara otak kanan pula berfungsi mengatur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, situasi, waspada dan tumpuan.
Sumber: Metro Harian 2018
Selain daripada itu, mereka yang kidal ini mudah berubah mood dan lebih sensitif sebenarnya. Saya difahamkan ini kerana disebabkan segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi dari otak kanan dan kiri.
Ok! Ini agak kelakar. Ketiga anak lelaki saya ini agak penakut (kalau perati betul-betul). Ini kerana mereka sebenarnya mempunyai ketajaman fikiran. Jadi kalau diaorang jenis tonton filem hantu, memang akan lekat dalam fikiran babak yang seram. So sampai berhari-hari diaorang tetap terbayang babak tersebut. Tapi dari segi pendidikan. Ini adalah sangat bagus kerana jenis mudah ingat apa yang disampaikan (tapi kena ada skill dan juga minat). Kalau tak memang hauk jugak sebenarnya, hahahah.
Saya juga difahamkan, kidal ini samada diwarisi (keturunan) atau penyakit/sindrom motor tangan kanan tidak kuat berbanding tangan kiri. Menariknya mereka yang kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang.(sumber Harian Metro, 2018) *Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
Saya juga perhatikan Anaqi, Afiq dan Ameer sangat berbakat dalam bidang seni dan artistik. Contohnya Afiq banyak menyertai pertandingan yang melibatkan seni seperti dikir barat dan pelbagai lagi. Tetapi jika dilihat kepada Anaqi dan Ameer, kalau diminta untuk terangkan pemasangan sesuatu benda (lego/kereta dll), mereka berdua boleh melukis dengan jelas setiap langkah apa yang perlu dilakukan (nampak macam manual).
Saya juga difahamkan, kidal ini samada diwarisi (keturunan) atau penyakit/sindrom motor tangan kanan tidak kuat berbanding tangan kiri. Menariknya mereka yang kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang.(sumber Harian Metro, 2018) *Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
Menurut laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, pendengaran anak kidal lebih tajam dan mampu membezakan jenis suara dengan baik. Ini berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.
Unik bukan?
Jadi biasanya memang cara pengajaran saya di rumah bersama anak kidal juga ada sikit kelainan. Macam Ameer sekarang yang berusia 6 tahun, jika saya lihat mood dia agak swing, saya akan mulakan dengan matematik. Kemudian mewarna dan bacaan. Sebab saya perhatikan anak-anak kidal saya memang bacaan agak lambat. Usia akhir 6 tahun kadang-kadang masih merangkak lagi. Berbanding anak yang lain yang agak gemar membaca sendiri dan mula berlatih sejak usia 5 tahun.
Sememangnya anak kidal saya memiliki tulisan yang agak tidak cantik dan kurang kemas pada awal usia mereka mengenal cara menulis. Memang saya kena banyak latih tubi dengan anak-anak ini. Namun yang demikian, bila saya tengok Anaqi memang saya tak sangkal lagi beliau memang hebat dalam matematik dan subjek pengaturcaraan (programming). Jenis otak boleh fikir dan hafal 'coding' sebab jenis tengok, menelah dan boleh ingat. Serupa dengan Afiq ada sesetengah perkara saya dapat lihat potensi dia dalam bidang kira-kira (biarpun tidak sehebat Anaqi dan Yana pada usia sekarang).
Banyak sebenarnya yang perlu saya belajar tentang anak-anak. Selain daripada memahami mereka, saya juga sentiasa mahu menjadi ibu yang sentiasa ada untuk mereka. Anak kidal mahupun sebaliknya semuanya istimewa :-)
