Gegeh tau..
Mak laki bini memalam pegi Poliklinik MyMedik kat sini:--
No. 8,
Jalan PU 7/2 ,
Pusat Bandar Puchong Utama
47100 Puchong .
Sebabnya nak khatankan 2 beradik, my Akid dan Afiq.
Sebelum booking klinik ni, memang jenuh saya buat carian di google :p
Nak tengok feeedback daripada mereka yang pernah hantar sunat anak di kawasan Shah Alam dan sewaktu darinya. Masa zaman Anaqi 5 tahun lepas, kitaorang pilih jenis "smart clamp" dekat klinik Pusrawi seksyen 14. Caj yang dikenakan zaman tu dalam RM180.
Tapi untuk Afiq dan Akid kali ni, saya dan dedet sepakat nak cuba kaedah "laser", since ramai yang kata cara "laser" pun OK juga.
Lebih kurang bentuk peralatan "smart klamp" dan "laser" seperti di bawah. Gambar adalah daripada carian "google"
kaedah laser
"smart clamp"
Bila saya baca dan buat perbandingan 2 kaedah ni, tidaklah banyak bezanya. Cara penjagaan secara umum juga sama. Kena makan ubat, pantang makanan yang gatal (kena makan makanan seperti ibu sedang berpantang) dan paling penting kena jaga kebersihan.
Slot yang saya dapat adalah pukul 10 malam...
So, untuk saya yang duduk Shah Alam nak ke Puchong, memang waktu yang diberikan adalah sangat OK (tak jammed dan segala urusan makan malam, solat isyak dah selesai waktu ini)
Tapi kami keluar awal dari rumah. Dalam pukul 9 malam macam tu.Guna google maps sebagai panduan pergi klinik, rupanya amik masa 25 minit sahajoo...
Ahaks
Isi borang maklumat anak yang dikhatankan. Mujur saya ada simpan nombor my kid dowang ni. Aishh boleh pulak lupa nak bawak :p
Since kena tunggu 2 orang jer lagik adik yang nak dikhatankan malam tu. Akhirnya saya dan Dedet decide tunggu jer sehingga nombor giliran dipanggil (plan asal, daftar lepas tu nak jalan2 kat kawasan sekitar)
Sebenarnya 2 beradik ni berebut nak masuk untuk disunatkan dulu. Pelik dan ajaib, giliran pun nak berebut. Aisssh. Tapi Dedet pujuk. Dedet kata biarlah abang yang khatan dulu, dia lebih tua dari Afiq...
Terus Akid jawab " respek sikit Akid nak sunat ni"....
hahahhaha..
Poyo giler beria nak bersunat...(tak sabar nak semayang saf depan lettew)
Afiq pun mengalah...
Dan masa ni nampak dah muka dier gabra :p
Alhamdulillah...
Sebenarnya sebelum 2 beradik ni masuk ke bilik untuk disunatkan...
Adik-adik sebelum tu (yang disunatkan terlebih dahulu), ada juga yang terjerit dan meraung...
Adoihai..
Saya pulak yang tak senang duduk...
Tapi sebab dah pesan banyak kali dan diberi tips yang praktikal oleh Dedet depa...
Adalah bunyi jerit sikit...
Sekejap dan perlahan..
Yang rasa sangat kiut..
Bila dowang keluar bilik lepas sunat semua tersengeh2 sampil pegang plastik (plastik yang biasa letak pil, hehe) yang ada kulit untuk ditanamkan...
Cehhh
Since dowang bersunat, setiap malam kenalah tidur bilik mummy dan Dedet...
Takut tiba2 malam menjerit sakit ke apa ke...
So senang sikit nak jaga dan monitor.
Ubat penahan sakit dan antibiotik untuk mengelak sebarang jangkitan kuman perlu diambil 3 kali sehari. Dalam 8 jam sekali...
Oh ya, lupa nak habaq...
Lepas saya dah booking untuk slot berkhatan..
Terus gegeh cari kain pelikat...
Kebetulan nak kena pergi pejabat Nuffnang amik barang, singgah sekejap kat Jalan Tar...
Jangan tak percaya... saya beli 6 kain pelikat kanak-kanak ni 50 hengget jer...
Murah kannnnnnnnnnnnn...
Mak suker....
Benda murah dan percuma...muahahahahahah
Nanti saya sharekan resepi-resepi pantang untuk orang berkhatan di entri yang lain ya..
Untuk hidangan makan malam ni, saya hanya bakar daging yang telah diperap bersama lada hitam dan bawang putih...
Memang ohsem uolls rasanya....
Orang yang pantang tengok makanan macam saya, repeat menambah nasi 3 kali hokeh...
Lepas tu bising depan laki, bencilah tengok body..esok nak jogging la, macam-macamla padahal setiap hari tido mati....
Huhuhu
Pada mereka yang nak khatankan anak sempena cuti sekolah ni terutama pada penduduk yang berdekatan dengan kawasan Puchong, saya rekomenkan klinik ni. Boleh rujuk pada poster diatas.
Sekian dari mak yang dah 3 orang anak bujangnya selamat dikhatankan, hehe;
