Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Makin Hari Makin Melebar Badannya

$
0
0
Aku sebenarnya takde mood gila nak menulis sekarang ni. Serius! Kesnya sebab aku duk rasa tertekan dalam tak sedar sebab Covid 19 ni, hahahahahahah. Memanjang makan beria hokeh. Dahlah stock kat dapur penuh dengan Maggi. Heran aku macam mana stock Maggi menguguli carta di rumah.


Iskh.

Sejak anak-anak dah start kembali dengan class online, memang dengan aku sekali start stress dan pening kepala. Kejap-kejap.. 

Mummy suruh Ameer tutup game, ada kelas, lagging....
Mummy!! Suruh adik tutup Netflix kejap..
Mummy, Amani nak beli barang untuk projek Sains, urgent!
Mummy!!! Suruh Afiq jemur baju sorang hari ini kelas full..

Mummy tu..
Mummy ni..


Ini belum masalah Ameer yang paling liat membaca. Sampai cikgu pun komen pasal progress Ameer yang kuat main. Tak fokus. Kelas online pun tak fokus, apoooo..

Sebenarnya, aku memang rancang nak diet makan. Maksudnya tetap makan setiap hari cuma nak ubah gaya makan. Problemanya. aku kalau tak makan, anak pun tak makan. Adoi. So kena makan sama-sama..


Aku makan epal depa nak makan nasi. Terutama Yara. Still makan bersuap lagi. setiap kali suap nasi kat mulut Yara, aku tersuap sekali nasi kat mulut sendiri. Acaner tu. Hahahahaha. Tak boleh tahan apatah lagi sekarang tengah-tengah rasa stress sebab pandemik yang menghalang aku bergerak bebas ke mana sahaja. *Tak pernah aku tak jumpa mak aku lebih sebulan oit.

Badan memang makin melebar. Nak tahu bila kita cuba pakaian makin hari rasa ketat. Adoi. Lepas tu sedapkan hati, bagi alasan fabrik kain mengecut hahahahahaha. Selalu juga pinjam kata-kata motivasi yang mana time pandemik ini ko kena buat sesuatu yang boleh jiwa ko terisi dan happy.

Perkara yang buat aku happy ialah menang contest. Beria join dan banyak yang kalah juga. Walaupun hakikatnya for fun tapi penyumbang juga "Alamak kalah, sambil mulut tu mengunyah". Jadinya, aku mula mencari aktiviti yang memberi manfaat buat diri. Contohnya, aku study, aku baca buku ilmiah pasal kereta, bulan, sains dan teknologi. Aku kerap berkomunikasi dengan Yana (kebetulan dia nak/sedang ambil trial exam). Aku keluar sekali-sekala untuk lihat manusia dari jauh. Bayangkan aku drive kereta pusing Shah Alam untuk pergi Mekdi Drive Tru, dapatkan eskrim satu takpun kopi secawan jer.

Sekarang ini, musim aku rajin tengok movie kat Netflix. Satu hari sekurangnya satu movie aku kena tengok. Pantang orang tag aku cerita kat IGS, mesti melompat terus aku tengok. Sebab aku bayar Netflix bulan-bulan , jadinya aku nak rasa manfaatnya dari aku bayar saja-saja.

Dan hari ini setelah berbulan tak ke Decalthon. Aku gigih juga ke sini dengan tujuan nak beli kasut futsal Akid. Tapi yang peliknya masa nak bayar, baru aku perasan barang untuk diri sendiri lebih banyak daripada barang yang sepatutnya dibeli.

Aku beli apa tau..

Penimbang berat badan..
Dan set baju jogging..

Korang tengoklah nanti, adakah ianya setakat motivasi ataupun kegunaan 2,3 kali lepas tu berhenti. Sambung balik tabiat lama -  stress-makan-stress-makan...

Gitulah..

Moga aku kuad!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933