Sebagai peminat kopi nombor 1. Adalah menjadi rutin saya menikmati kopi setiap hari. Samada di waktu pagi mahupun di sebelah petang. Bagi saya kopi sendiri mempunyai tarikan dari segi rasa dan aroma yang mampu memberi rasa semangat setiap hari. Persoalannya adakah minuman kopi yang kita ambil setiap hari itu boleh membantu menjaga kesihatan badan kita? Hmmm.
Melihat dengan permintaan masyarakat yang sentiasa mahukan gaya hidup yang sihat, Minuman Beras Perang telah diperkenalkan. Objektif utama pengenalan Minuman sihat jenama Mayang adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang dan mmperkenalkan budaya menikmati minuman sihat buat masyarakat Malaysia.
Untuk pengetahuan semua Minuman Beras Perang Mayang ini mula diedarkan oleh oleh Era D Mansion Sdn Bhd tahun 2018. Diketuai oleh seorang ibu tunggal yang cekal dan berhati waja, Zainab Binti Sidek selaku Pengarah Urusan syarikat. Sejak mula dipekenalkan Puan Zainab sentiasa berusaha yang terbaik dan mengharapkan Perang Mayang ini akan dapat diterima dan menjadi minuman kegemaran rakyat
Malaysia.
Selain dapat membantu memberi tenaga selepas penat bekerja di rumah dan di pejabat seharian, Minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpulan darah.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. Dan antara faedah kesihatan umum untuk tubuh badan adalah mengawal diebetes, mengelakkan Alzheimer, bagus untuk antioksidan, mencegah obesiti dan membantu meningkat kesihatan jantung.
Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang mana Gluten adalah protein yang terdapat didalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).
Puan Nurul Hidayah Umol, Pengacara Bernama merupakan jurucakap bagi produk Minuman Beras Perang Mayang.
Minuman enak ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bijirin yang kaya dengan khasiat ini boleh dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari mahupun ketika wakyu makan malam.
Terdapat dua perisa minuman Beras Perang Mayang yang ditawarkan iaitu :-
- Minuman Kopie Perang
- Minuman My Berry
Sekaligus memberi pilihan kepada peminat Minuman Beras Perang Mayang samada mereka ingin menikmati kopi mahupun yang punyai rasa buahan berry. Kedua produk ini telah diformulasikan bersama beras perang yang memberikan rasa enak serta menyegarkan.
Minuman Kopie Perang
My Berry Drink
Antara manfaat yang memang saya rasai sendiri adalah sangat membantu sistem penghadaman. Kita tidak akan ada masalah sembelit lagi. Bukan itu sahaja bahkan ada banyak lagi kelebihannya jika kita lihat pada gambar di atas. Untuk My Berry ini ditawarkan pada harga RM27.50 setiap satu.
Korang boleh dapatkan kedua-dua produk Minuman Beras Perang Mayang samada dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara ataupun dari kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau berhubung terus dengan main office Minuman Beras Perang Mayang.
Rebut harga promosi yang ditawarkan dan jom kongsikan bersama rakan mahupun keluarga. Pastinya minuman berkhasiat Beras Perang Mayang akan disukai oleh semua orang dek kerana rasanya memang sedap. Oh ya! Jika korang berminat untuk amalkan hidup sihat dan juga ingin menambahkan pendapatan sampingan, bolehlah hubungi pihak syarikat Minuman Beras Perang Mayang. Ini adalah kerana pihak syarikat Minuman Beras Perang Mayang ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga terutama di ketika waktu PKPP sekarang :-)
Boleh hubungi menerusi:
Email : infomayangbp@gmail.com
Whatsapp Link : http://www.wasap.my/60146604247/mayang
Telegram Group : https://t.me/joinchat/AAAAAFT6URxUXAkutjUS9Q
Instagram / Facebook : minumanberasperangmayanghq
Hotline : + 6014 6604247
