Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2977

Age Intense Treatment Series Dari FROMNATURE Membantu Meremajakan Kulit Saya

$
0
0

Age Intense Treatment Series Dari FROMNATURE Membantu Meremajakan Kulit Saya - Regardless umur korang berapa tapi untuk maintain kekal ada serinya bukanlah satu proses yang susah sebenarnya. Dengan syarat korang kena pilih dan guna produk yang betul. Pada masa yang sama kenalah sentiasa konsisten guna.

Nah! Saya kongsikan satu jenama penjagaan wajah dari Korea iaitu FROMNATURE yang saya ada gunakannya baru-baru ini.  Saya sudah mencuba beberapa produk Age Intense Treatment Series FROMNATURE ini hampir 2 minggu dan saya begitu teruja untuk kongsikannya bersama korang :-) 

Antara produk yang saya telah cuba adalah Age Intense Treatment Essence dan juga produk didalam Age Intense Treatment Mini Kit. Kedua-dua produk ini antara yang popular dikalangan pengguna setia jenama FROMNATURE.

Saya cukup rekomen untuk korang untuk mencuba sendiri produk Age Intense Treatment Essence ini. Didatangkan dalan 2 saiz iaitu 150ml dan juga 340ml.

Age Intense Treatment Essence ini sebenarnya bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif, yang mula ada tanda penuaan seperti berkedut, gelap serta tidak bermaya dan malasah kulit kering.

Mengandungi 95.7% Galactomyces ferment filtrate yang bagus untuk memperbaiki sel kulit, selain daripada melembap dan melembutkan kulit wajah. Apa yang penting produk ini menjadikan wajah kita lebih berseri-seri  dan awet muda. 


Untuk saiz mini kit Age Intense Treatment Series terdapat 5 produk iaitu:-

  • Age Intense Treatment Cleansing Foam
  • Age Intense Treatment Fluid
  • Age Intense Treatment Ampoule
  • Age Intense Treatment Cream
  • Age Intense Treatment Essence

Boleh guna dua kali dalam sehari iaitu di waktu pagi dan juga malam. Adalah disyorkan untuk penggunaan pemakaian produk adalah seperti berikut :-

PAGI - Cleansing Foam  👉 Essence 👉Ampoule 👉Fluid 👉Eye Cream 👉Cream👉Sunblock
MALAM - Cleansing Water 👉Cleansing Form👉Essence👉Ampoule👉Fluid👉Eye Cream👉Cream


Apa yang best tentang mini kit Age Intense Treatment FROMNATURE ini?

Firstly sebab dia dalam pembungkusan mini. Senaag nak bawa ke mana sahaja. Sangat praktikal. Ini terutama jika kita hendak pergi travel dan sebagainya. Paling penting ianya memang didatangkan dalam complete set.

Age Intense Treatment Cleansing Form, pencuci muka yang mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Tekstur tidak melekit, bukan sahaja dapat memberishkan wajah bahkan mempunyai manfaat yang boleh melembapkan (moisturize) kulit.

Bagus untuk kita menghilangkan kesan mekap di wajah atau membersihkan kulit di hanya satu cucian sahaja. Sebab ianya benar-benar dapat membersihkan.

Picit mengikut keperluan amaun yang diperlukan, basahkan sedikit dengan air. Cuci wajah ke seluruh muka. Bilas bersih-bersih. Memang rasa segar kulit muka selepas dicuci menggunakan produk ini.

Age Intense Treatment Essence.Ini memang sedia maklum mempunyai 1001 kebaikan. Saya suka teksturnya yang tidak melekit, seperti air sangat mudah untuk sapu ke seluruh wajah.

Age Intense Treatment Ampoule, solusi untuk mengimbangkan kulit wajah korang  secara semulajadi terutama dari segi kesihatan dan juga mengembalikan awet muda pada wajah. Dengan ramuan 72.6% pure fermented, galactomyces ferment filtrate melembapkan kulit wajah dan juga dapat mengelakkan kulit daripada mudah kering.

Age Intense Treatment Fluid yang mengandungi ramuan 80% galactomyces ferment filtrate yang sememangnya memberi manfaat dalam melembapkan dan melembutkan kulit muka.

Age Intense Treatment Cream yang mengandungi 81.2% pure galactomyces ferment filtrate. Saya cukup suka dengan jenis krim yang tidak melekit dan boleh melembapkan kulit wajah sepanjang hari.

Bila kita terlalu dedah dengan keadaan cuaca terik di luar rumah. Adalah lebih baik kita menggunakan produk ini bagi memastikan kulit wajah sentiasa nampak lebih bermaya dan tidak 'dull'. Hiks.

Best produk dari jenama FROMNATURE ini. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk FROMNATURE korang boleh layari :-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2977

Latest Images