Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Untuk Tahun 2021 Anak Saya Tetap Selesa Bersama Kasut Pallas Ke Sekolah

$
0
0
Tidak nafikan anak-anak sebenarnya sangat rindukan sekolah. Untuk berjumpa guru, kawan-kawan dan memakai seragam lengkap ke sekolah. Biarpun kemasukan sekolah untuk tahun 2021 agak lewat jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini. Namun saya tetap teruja membuat persediaan anak-anak ke sekolah.
Salah satu kelengkapan sekolah yang saya perlu sediakan untuk anak-anak adalah kasut sekolah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya memang memilih kasut jenama Pallas. Ini kerana saya cukup sukakan kualiti, rekaan kasut serta harga yang ditawarkan sememangnya cukup berpatutan. 

Pallas Jazz Star Lo Cut Shoe Lace Untuk Afiq, 14 Tahun

Bagi saya ini memang kasut yang memang anak-anak remaja akan suka. 'Simple', ada gaya dan selesa. Kebanyakan anak remaja, umur seperti Afiq mereka sangat suka kasut bertali. Permukaan atas menggunakan kanvas berkualiti bukan sahaja cantik bahkan memenuhi penggayaan seperti anak remaja inginkan
Afiq memang seorang anak yang mementingkan kemasan dan keselesaan. Beliau juga mengambil berat tentang tahap keselesaan yang boleh diperolehi untuk pemakaian kasut yang agak lama. Ini kerana adakalanya Afiq perlu berada di sekolah dari sesi pagi persekolahan sehingga petang. Beliau memang aktif suka melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
 
Nice to see, nice to wear!


Untuk bahagian dalam kasut ianya adalah 'rubber insole'. Dengan lantunan yang lebih baik secara tidak langsung lebih memberi keselesaan kepada kaki. Manakala di bahagian luar iaitu di bahagian tapak adalah 'rubber outsole' jadi ianya memberi lebih cengkaman yang baik (better grip).

Rekaan kasut ini sememangnya menjadi kegemaran anak muda!



Juga ditawarkan saiz besar terutama buat anak-anak yang mempunyai kaki yang lebar. Di mana bukan senang sebenarnya nak dapatkan kasut sekolah SAIZ BESAR sehingga saiz 13, berwarna hitam di pasaran hari ini,tapi model kasut Jazz Star yang ditawarkan oleh Pallas ini ada sampai saiz 13!!!

Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Untuk Amani, 11 Tahun

Untuk Amanisaya memilih Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Foam. Secara personal, kasut ini memang sesuai untuk anak perempuan. Rekaannya memang cantik dan memenuhi ciri-ciri gaya sopan. 

Material kanvas yang digunakan memang ringan. Selain lasak, kualiti kanvas juga tahan lasak serta tahan lama. Senang nak jaga dan bersihkan pada masa yang sama.

Esklusifnya didatangkan dengan rekabentuk tali Velcro dengan logo Jazz khas. Di sampaing insole getah untuk memberikan sokongan yang selesa kepada kaki si pemakai.




Bahagian luar menggunakan tapak getah untuk cengkaman yang baik. Insolenya lebih tebal, memberi rasa lebih selesa dan lebih perlindungan kepada kaki.

Kasut legend! Dari zaman Yana saya sudah memilih kasut ini untuk kegunaan ke sekolah bagi anak-anak perempuan.

Pallas Jazz Single Velcro Strap Untuk Ameer, 7 Tahun

Saya sukakan rekaan kasut ini. Dengan reka bentuk tali Velcro dengan di bahagian atas kanvas tahan lasak adalah pilihan terbaik untuk Ameer. Yup! Untuk seorang kanak-kanak yang sangat aktif memang memerlukan kasut sekolah seperti ini.

Nampak kasut ini berat tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi  rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan

Untuk usia Ameer yang 7 tahun memang beliau sedang belajar untuk menguruskan dirinya. Jadi saya tidak perlu risau bila sepanjang beliau di sekolah sekiranya perlu membuka kasut, saya percaya dengan kasut ini beliau tidak akan mempunyai masalah. Zip, Zap buka, sarung dan jalan.

Lihat sahaja insole di bahagian dalam. Tebal bukan. Untuk Ameer yang suka berlari dengan keselesaan bahagian dalaman kasut seeprti ini pastinya akan memberi rasa selesa sepanjang hari.

Tapak kasut juga agak tebal dan memang nampak kualitinya sesuai sebagai kasut anak-anak yang aktif kerana ianya tahan lasak dan tapaknya tidak akan cepat haus.


Jom Beli Kasut Sekolah Pallas

Saya memang membuat persiapan awal terutama yang melibatkan persediaan ke sekolah. Dengan musim pandemik ini saya lebih selesa berbelanja atas talian sebenarnya. Dan laman web saya akan kunjungi tentulah www.wow2wee.com.

Cara paling senang sebelum kita tentukan saiz kasut anak, biasanya saya akan ambil ukuran melalui lakaran kaki mereka yang tekap di kertas A4. Rasanya lebih tepat dan yakin dengan ukuran yang diambil. Korang boleh juga rujuk pada cara mengambil ukuran melalui pautan ini, https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide . Mudah jugakkan.
  
So, sempena dengan Kempen Kembali Ke Sekolah korang boleh dapatkan kasut-kasut PALLAS samada melalui pembelian atas talian  ataupun di pasaraya seperti AEON, TESCO dan Mydin Supermarket.

Selamat membuat persediaan ke sekolah untuk tahun 2021!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935