Menjalani gaya hidup yang aktif, sihat, ceria dan sentiasa tampil awet muda sememangnya menjadi impian semua orang. Biarpun sesibuk mana rutin setiap hari kita pastinya mahu memiliki badan yang cergas dan bertenaga. Apatah lagi di musim pandemik ini kita memang memerlukan sokongan imuniti didalam badan. Jadinya saya telah mengambil Ecolite Boostick sebagai suplemen tambahan dalam pemakanan harian.
Kenapa Memilih Ecolite Boostick?
Ecolite Boostick mempunyai 3 varian iaitu :-
- Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma arab)
- Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)
- Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)
Formulasi daripada kurma merah dan kurma arab, buah koji dan kekwa serta sarang burung dan buah pear sendiri sudah mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Didatangkan dalam bentuk yang mudah untuk kita nikmati sekaligus memberikan segala kebaikan dari sumber utama yang digunakan untuk kesihatan badan.
Didalam satu kotak terdapat 10 sachet yang bersaiz 12 gram setiap satu. Mesti korang tertanya kenapa saya consume sampai 3 jenis Ecolite Boostick. Ahah! Ini kerana setiap satu varian ada mengandungi ramuan yang berlainan, begitu juga menfaatnya juga berbeza. Tapi apa yang penting ketiga-tiganya memang sedap dinikmati.
Untuk pengetahuan semua Ecolite Boostick didatangkan dalam bentuk pati pekat. Kita boleh menikmatinya secara terus ataupun bancuh dengan air suam. Ikut kesukaan masing-masing. Saya sendiri suka menikmati terus dari pek. Hanya koyakkan, picit terus ke dalam mulut. Lebih mudah sebenarnya :-)
Saiznya yang kompak (kecil) memang sangat praktikal untuk saya membawanya ke mana sahaja. Apatah sekarang ini didatangkan secara percuma beg kecil plastik (seperti gambar diatas), hanya letak Ecolite Boostick didalamnya nampak sangat kemas dan esklusif.
Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm (kurma merah dan kurma Arab)
Didalam Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm juga terdapat Sirap Glukosa, Pekatan Kurma Kurma, Ekstrak Kura Merah, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida, Air dan Asid Benzoik.
Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur memandangkan formulasinya dihasilkan menggunakan resepi tradisi dan juga teknologi tinggi. Bagi mereka yang mudah mendapat sejuk-sejuk badan terutamanya di bahagian kaki bagus untuk mengamalkan pengambilan Ecolite Boostick Concentrated Red Dates and Date Palm.
Oh ya! Kalau korang ada masalah muka sering kelihatan pucat, tidak bermaya boleh juga mengambil suplemen ini. Dengan mengamalkan suplemen ini boleh membantu menjadikan penampilan wajah korang lebih berseri-seri. Dan kurang masalah sembelit!
Rasanya masam-masam manis dan saya suka ambil terus tanpa perlu membancuh terlebih dahulu bersama air suam. Serius! Lepas ambil suplemen ini saya jarang mengalami masalah kaki kejang (cramp) terutama di waktu malam (sejuk dan hujan).
Buah goji (wolfberry) dan kekwa sebenarnya sangat bagus untuk penglihatan. Dikenali sebagai super fruit dan dikatakan berganda-ganda khasiat vitamin C. Buah goji telah digunakan dalam perubatan sejak dulu lagi. Manakala bunga kekwa juga dikatakan boleh merawat sel badan. Saya sendiri kalau rasa nak demam suka amalkan minum teh chrysanthemum (kekwa), badan akan cepat menjadi lebih sejuk.
Rasanya manis-manis dan saya memang menyukainya. Biarpun pati pekat tapi rasanya tetap sedap. Seperti umur saya yang semakin meningkat pastinya ada kesan sedikit terhadap penglihatan. Dengan mengamalkan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar) sangat membantu saya dalam menjaga mata agar tidak menjadi kabur. Ini memandangkan kekerapan saya menggunakan komputer dan juga telefon bimbit setiap hari. Lepas saya mengamalkan suplemen ini memang jarang saya mengalami masalah keletihan mata.
Terdapat juga Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Koji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai perasa dan Asid Benzoik didalam formualsi suplemen ini.
Sarang burung memang kita sedia maklum tentang kebaikannya. Ianya bukan sahaja bagus untuk kulit bahkan boleh meransang imun badan. Bagitu juga dengan buah pir yang tinggi dengan fiber dan air. Sangat bagus untuk penghadaman dan juga membantu untuk mengekalkan kesihatan badan.
Suplemen ini juga memberikan rasa manis dan saya dapat rasakan kemanisan buah epal yang agak ketara. Sedap semestinya. Sesuai untuk orang seperti saya yang suka berjaga malam kerana menyiapkan kerja. Sangat membantu dari segi kesihatan lung. Kita juga tidak akan mudah rasa letih setelah pengambilan suplemen ini. Serius! Korang kena cuba
Pengambilan suplemen sememangnya sangat penting dalam membantu kita untuk hidup sihat dan ceria. Biarpun orang kata usia iatu hanyalah angka tapi kita haruslah menitik beratkan bukan sahaja soal kecantikan dari dalam bahkan kesihatan juga.
Badan sihat, wajah berseri-seri sememangnya menjadi impian semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita. Melalui pengambilan suplemen 3 jenis Ecolite Boostick ini dapat memenuhi gaya hidup aktif yang kita impilkan selama ini. Yerp! Bonus kelihatan awet muda juga :-) Disyorkan pengambilan 1-3 sachet dalam 1 hari.
Korang boleh dapatkan produk ini yang berharga RM38 di farmasi Guardian, Big Pharmacy, Healthlane Pharmacy yerp.