Saya memang peminat filem dari Spain, Italy dan negara-negara luar lain termasuklah Thailand, Korea dan Jepun. Eh! Banyaklah pulak filem dari negara luar yang saya ikuti dan minat. Ini terutama kisah-kisah yang berat, walaupun jalan cerita ada yang agak 'slow' tapi ending yang "oh wow!". Memang rasa kepuasan sangat menontonnya. Tapi saya perasan untuk filem Spain, semua filem lakonan dari Javier Gutiérrez Álvarez memang mantap dan best!
Javier Gutiérrez Álvarez , tahun ini berusia 50 tahun. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak berumur 19 tahun lagi. Tapi ketika itu beliau hanyalah pelakon pentas sahaja. Mula keluar di kaca televisyen pada tahun 2000 dan filem pertamanya adalah filem muzikal komedi yang bertajuk El otro lado de la cama. Bermula dari sinilah, Javier Gutiérrez Álvarez mendapat pelbagai tawaran berlakon sehinggalah sekarang.
Jika dilihat dari segi fizikal Javier Gutiérrez Álvarez bukanlah kita kategorikan sebagai pelakon yang kacak di Spain. Namun bakat beliau melakonkan pelbagai jenis watak membuatkan beliau antara pelakon yang menjadi rebutan pengarah di Spain.
Untuk pengetahuan semua dari awal kemunculan Javier Gutiérrez Álvarez di layar perak, beliau pernah memenangi 2 award sahaja iaitu Goya Award For Best Actor pada tahun 2017 (The Motive) dan 2014 (Marshland). Javier Gutiérrez Álvarez pernah mendirikan rumahtangga tetapi telah berpisah pada tahun 2016. Bekas isterinya orang biasa sahaja bukanlah artis ataupun orang yang cukup dikenali.
Setakat hari ini saya dah menonton 3 filem lakonan Javier Gutiérrez Álvarez, antaranya :-
Filem ini mula-mula masa menonton kita akan rasa pening dan pelik sikit. Biarpun Javier Gutiérrez Álvarez bukanlah watak utama. Tapi peranan beliau dalam filem ini pada babak-babak dekat penghujung itu agak pentinglah jugak, hahahah. Mengenai kuantum antara ruang-waktu yang mana membolehkan Vera menyelamatkan nyawa anak lelakinya untuk 25 tahun di masa yang lepas. Bagaimana Vera mengubahnya samada untuk memilih nyawa anaknya atau kehidupannya menjadi lebih baik jika tidak mengubah kejadian tersebut. Banyak konflik. Memang kalau kita terlepas satu babak, kita akan keliru dan tak paham dengan jalan cerita filem ini.
Ini adalah filem terbaru lakonan Javier Gutiérrez Álvarez, Below Zero. Bagi saya jalan ceritanya memang best. Tentang bagaimana sekumpulan banduan yang terperangkap dalam satu serangan ketika proses transit penjara. Pada mulanya kita dapat rasakan ianya satu pakatan yang melibatkan kumpulan penjenayah luar. tetapi dia akhir cerita baru tahu ianya hanyalah dilakukan oleh seorang bapa (bekas polis juga) yang menuntut keadilan ke atas kematian anaknya. Beliau hanya mahu mendapatkan salah seorang banduan yang terlibat dalam transit tersebut iaitu Nano. Kenapa beliau nak jumpa sangat Nano kena tontonlah filem ini. Dan Javier Gutiérrez Álvarez berlakon sebagai pegawai polis yang terlibat dalam proses transit tersebut. dan beliau satu-satunya pegawai polis yang masih hidup.
Kalau korang perasan, ekspresi wajah Javier Gutiérrez Álvarez ni macam watak jahat pun boleh, watak sedih dan baik pun boleh,. tetapi tak boleh bayangkan kalau di bawa watak kelakar. Sebab muka dia jenis macam seroang yang sangat serius.