Entri peram sekian lamanya. Dah hampir 2 bulan baru terhegeh nak naik cerita. Ekekekeke..
Ok, uolls kalau membeli majalah Wanita edisi Disember 2015 yang menampilkan Rita Rudaini sebagai antara cerita utamanya. Bila dibelek-belek didalamnya ada ruangan tentang kemenangan makeover yang ditaja ruang tamu rumah saya.
Gambar selepas di makeoverkan :)
Apa yang menarik. Proses pengecatan dan keseluruhan ruang tamu sangat cepat! Cat yang digunakan oleh Nippon (majestic rasanya rangenya) tidak berbau dan cepat kering. Paling best ada cara mengadunkan warna untuk nampak lebih rustik dan unik.
Memang semasa hari pertama ID datang rumah saya. Membuat ukuran dan melihat sendiri konsep yang sesuai di rumah. Beliau ada berkongsi dan bertanyakan pendapat warna yang menjadi pilihan saya.
Jawapan saya:
1. Ungu atau warna yang lebih cerah dan tidak terlalu feminin memandangkan saya ramai anak lelaki.
2. Saya suka klasik moden. Ada sentuihan sedikit elemen futuristik.
See, mak jemah yang begitu demanding, hahahahahaha
Ruang yang uolls nampak memang nampak kecil tapi sebenarnya Nippon telah bermurah hati mengecat warna ungu yang agak besar juga keluasannya. Giler suka!!!
Antara item yang diberi juga oleh pihak Nippon bagi menaik seri dalam dekorasi rumah...
Tapi salah satu aksesori yang unik diberi..
Klasikkan
Perabot tepi yang rustik..
Ala2 arm chair 2 bijik...
Bantal kecik dalam 10 bijik macam2 design
Lilin..
Dan pasu bunga dan matahari (cam hipster skit fesyen dier sebab letak bunga dalam botol yang cantik itu :p )
Coffee table dan alas meja..
Karpet dia berbulu tebal (dalam gambar atas tu karpet saya sendiri dapat masa pegi event spotlight errk beli ngan vou organizer kasi). Saya tukar karpet sebaik selepas photoshoot sebab karpet biasa lagi senang nak uruskan, sapu dan sebagainya.
Dapat lampu yang cantik dan juga langsir (yang bahagian luar)
Ni keadaan rumah asal saya.
Simple jer...huhuhu
Happy me with kids...
Afiq dan Yana tak ada dalam gambar sebab dowang tidur lepas balik dari sekolah.
Apapun syukran!!! Atas rezeki yang diberikan.
TQSM Nippon dan MAjalah Wanita sebab memilih salah salah seorang pemenang yang bertuah :)
