Urban Ground Menawarkan Konsep "A Place To Gather" | Pelbagai Jenis Sajian Menarik Di Bawah Satu Bumbung- Urban Ground, lokasi menjamu selera yang menampilkan konsep "A Place To Gather" menghimpunkan pelbagai jenis sajian menarik yang boleh kita nikmati hanya dibawah satu bumbung. Terletak di Menara Kelana Parkview berdekatan dengan Pejabat Pos Besar dan Hypermarket Giant cawangan Kelana Jaya Selangor sememangnya lokasi yang sangat strategik samada untuk datang bersarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam. Kemudahan parkir kereta agak banyak di hadapan kedai jadi kita tidak perlu risau jika membawa kenderaan sendiri.
Terdapat 4 outlet yang ditawarkan di Urban Ground, iaitu:-
- One Bite
- Gratzi
- Belacan-Laa
- Chic Ole
Dari hidangan segera seperti set ayam goreng, masakan tempatan yang popular iaitu nasi lemak ayam, asam laksa, mee udang, roti bakar dan pelbagai lagi hidangan hebat. Terdapat juga pelbagai jenis hidangan Dim Sum yang ditawarkan pada harga cukup berpatutan. Variasi minuman kopi yang dibrew, air buahan segar bersama kek dan pastri juga boleh dinikmati di sini. Dengan pelbagai pilihan hidangan yang memikat selera sekaligus dapat menuhi citarasa seisi keluarga.Tempat ini juga selesa untuk berdiskusi atau temujanji dan bagi pelajar boleh menyiapkan tugasan mereka sambil bersantai dengan tenang di sini.
Urban Ground bukanlah seperti food court biasa. Ini kerana selain daripada dekorasi didalamnya lebih kelihatan esklusif, Urban Ground juga menawarkan lebih keselesaan dalam pilihan tempat (meja dan kerusi) menikmati hidangan mengikut kesesuaian, ruang makan yang mempunyai sepenuhnya kemudahan penghawa dingin serta dilengkapi dengan perkhidmatan wifi.
One Bite - Dim Sum
One Bite Dim Sum di Urban Ground menawarkan pelbagai variasi Dim Sum pada harga cukup berpatutan (bagi saya sendiri ianya sangat murah).
Gratzi
Peminat kopi segar pastinya akan menyukai ke semua kopi yang ditawarkan di Gratzi Urban Ground. Samada memilih minuman panas mahupun sejuk, minuman kopi yang dihasilkan adalah daripada biji kopi premium yang dibrew.
Antara yang menjadi pilihan saya tentulah Hazelnut Coffee. Selain itu terdapat juga Americano. Matcha, Belgium Chocolate dan pelbagai lagi.
Terdapat juga pelbagai Kek yang lain . Korang juga jangan lupa untuk mencuba pastri yang ditawarkan di Gratzi.
Pelbagai air buahan segar menarik yang pastinya menjadi pilihan dan kegemaran anak-anak!
Belacan-Laa
Jika korang mencari hidangan citarasa masyarakat Malaysia. Korang bolehlah mencuba pelbagai hidangan enak di Belacan-Laa. Sebenarnya melihat sahaja pada nama restoran ini kita sudah lihat keunikannya iaitu "Belacan". Seperti yang kita ketahui belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang yang dimampatkan dan tahan lama. Dan masyarakat Malaysia sememangnya cukup sinonim dengan bahan dalam masakan iaitu belacan.Ada pelbagai hidangan lokal yang korang boleh cuba di sini. Ke semuanya sedap, cukup rasa dan rencah, apabila kita nikmatinya seperti masakan dari orang lama. Memang puas hati.
Antara hidangan yang korang boleh cuba dari Belacan-laa seperti:-
Nasi Lemak Ayam - Sedap! Gabungan sambal bersama ikan bilis dan kacang. Begitu juga dengan adanya timun dan ayam goreng yang ranggup. Dihidangkan dalam gadang (nyiru) bulat menampakkan keunikan hidangan tradisi masyarakat Malaysia.
Prawn Mee / Mi Udang. Antara alternatif hidangan mi yang korang boleh cuba di sini.
Chic Ole
Chic Ole, Fast Food di Kelana Jaya. Sepertimana restoran makanan segera lain di Malaysia, Chic Ole juga menawarkan pelbagai set ayam menarik yang boleh dicuba.
Chic Ole boleh ditempah menerusi Food Panda atau datang terus ke outlet. Untuk set ayam didatangkan bersama coleslaw dan mashed potato. Untuk set burger, tenders dan nugget didatangkan bersama kentang goreng.
Boleh buat tempahan makanan di kiosk self order yang disediakan berdekatan dengan kaunter.
Antara hidangan set dari Chic Ole yang korang boleh cuba seperti:-
Chic Ole, Fast Food di Kelana Jaya. Sepertimana restoran makanan segera lain di Malaysia, Chic Ole juga menawarkan pelbagai set ayam menarik yang boleh dicuba.
Boleh buat tempahan makanan di kiosk self order yang disediakan berdekatan dengan kaunter.
- Party Box
- 3-PC Meal
- 2-PC Meal
- Chic Ole Junior
- Chic Ole Deluxe
- Chic Tenders
- Chic Nuggets
Lokasi dan Waktu Operasi Urban Ground
Urban Ground @Menara Kelana ParkviewSuite 109B, Ground Floor,
Office Tower, Kelana Park View,
Jalan SS 6/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: https://g.co/kgs/xRDx1g
Pelbagai pilihan makanan menarik,
Waktu Operasi untuk PKP sekarang:
Gratzi, Belacan-Laa dan One Bite : 8.30 pagi - 9.00 malam
Chic Ole : 10.30 pagi - 9.00 malam
Segala informasi terkini mengenai Urban Ground boleh layari:
Ditawarkan pada harga terbaik,
Sekali datang tak akan serik :-)
Urban Ground di Kelana Jaya,