Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Filem Tamil Aelay Memang Menghiburkan

$
0
0
Saya dah lama tak layan filem tamil. Cerita terakhir tengokpun filem tamil LION. Jadi bila ada kawan rekomen filem tamil Aelay yang baru sahaja ditayangkan di Netflix memang saya tak lepaskan peluang untuk menontonnya. Walaupun pada awal kisah, perjalanannya agak slow. Memang memaparkan betul kehidupan masyarakat negara India. Tapi saya suka menonton genre ala drama berat seperti ini, bukan sahaja intipati jalan cerita sahaja bahkan kita boleh mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat di bumi India.
Ceritanya bermula dengan upacara perkabungan di atas kematian seorang penjual aiskrim tua, Muthukutty (lakonan Samuthirakan) di rumahnya. Agak sadis juga, permulaan cerita dimulakan dengan kisah kematian. Anak lelaki mendiang penjual aiskrim Parthi (lakonan Manikandan) tersebut baru tiba dari Chennai untuk memberi penghormatan terakhir dan menyertai upacara perkebumian ayahnya. Tapi yang peliknya Parthi langsung tidak menunjukkan perasaan sedih apatah lagi mengalirkan air mata. Apa yang terpapar di wajahnya hanyalah kemarahan dan dendam. 

Situasi biasa sewaktu nak laksanakan upacara pengebumian, untuk masyarakat India akan ada nyanyian mengenang si mati (ok, part ni memang kelakar. Sebab penyanyi tu menyanyi spontan), kelihatan orang-orang tua meratapi kematian, tudung periuk dipalu bertubi-tubi, ada sesi bergambar tetamu bersama mendiang dan pelbagai lagi.

Sebab mendiang ni memang ada masalah dengan hutang, waktu dah mati tiba-tiba ceti datang minta bayaran hutang, orang pulangkan harta mendiang yang berzaman - tukul dan macam-macam ragam berlaku di waktu upacara pengebumian mendiang Muthukutty. Tetapi Parthi anak lelaki mendiang tetap tidak menunjukkan rasa sedih sehingga kemunculan lagu majlis perkahwinan berkumandang secara tiba-tiba dari kampung sebelah. Sebaik sahaja Parthi terdengar lagu tersebut, beliau menangis teresak-esak. 

Kenapa beliau menangis sebegitu rupa. Secara tiba-tiba satu insiden berlaku di mana mayat mendiang hilang daripada pembaringan. Ini menyebabkan Parthi bersama 3 rakan baiknya menjadi panik. Apatah lagi dengan kemunculan seorang lelaki yang serupa dengan wajah mendiang. Apa hubungan sebenar antara kedua mereka ini? Jeng ..jeng...


Susunan cerita dalam filem ini memang kemas dan teratur. Kita akan dapat lihat beberapa babak flashback terutama hubungan antara Muthukutty dan Parthi dari zaman kecil sehinggalah besar. Dari sini kita akan tahu kenapa Parthi begitu marah kepada ayahnya. Tapi apa kaitan majlis perkahwinan di kampung sebelah dengan Parthi ?  Dan paling misteri bagaimana mayat mendiang boleh tiba-tiba hilang.


Jalan cerita 'Aelay' ini memang best! Walaupun ada part bergaduh sikit-sikit, lagu pun ada (adengan berguling-guling jer takde). Tetapi filem ini kisahnya agak berat mengangkat elemen kasih-sayang seorang bapa terhadap anaknya yang tidak pernah putus. Bagaimana kita melihat seorang itu nampak peranganinya teruk tetapi sebenarnya dia ada banyak perkara-perkara yang elok dan baik yang dilakukan. Memang banyak plot twist dan kejutan. Sampai kita rasa boleh dah agak perjalanan cerita tapi yang jadi sebaliknya. Nampak tak thrill-nya dekat situ.

Selain daripada kisah hubungan bapa dan anak. saya juga cukup suka elemen setia kawan yang dipertonjolkan dalam filem ini. Parthi masih mempunyai 3 kawan baik. Di mana mereka akan sama-sama tolong antara sama lain. Susah jumpa kawan yang macam ini zaman sekarang yang tetap ada dengan kita dan memberi sokongan untuk menjadi lebih maju. 

Kelakar dan banyak pengisian. Serius! Korang tak akan menyesal tonton. Filem tamil terbaru di Netflix, mula ditayangkan sejak 28 Febuari 2021 yang lepas.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933