Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

MEERACLE Hadiahkan Kereta Mewah Porshe dan Mustang Kepada Wakil Jualan Terbaik

$
0
0

MEERACLE Hadiahkan Kereta Mewah Porshe dan Mustang Kepada Wakil Jualan Terbaik- Memiliki kereta idaman sememangnya menjadi impian semua orang. Bukannya mudah tapi kita pasti boleh merealisasikannya jika kita berusaha mencapai apa yang diinginkan. Siapa sangka rezeki dengan berniaga produk kecantikan MEERACLE pada mulanya hanya sebagai pendapatan sampingan keluarga kini boleh mengaut lebih banyak manfaat serta kejayaan manis. Contohnya dapat memiliki kereta sports mewah seperti Mustang dan Porshe.

Jenama MEERACLE antara peneraju produk kecantikan serta penjagaan kulit di Malaysia tidak pernah melupakan mereka yang sentiasa berusaha keras dan menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan nama MEERACLE itu sendiri. Dan hari ini MEERACLE telah menghadiahkan sebanyak 4 buah kereta sports mewah Porsche 718 Cayman dan juga Ford Mustang 5.0 GT yang bernilai jutaan ringgit kepada Wakil Jualan yang telah menunjukkan pretasi terbaik sepanjang tahun 2020 dan juga tahun ini.  

Satu majlis penyampaian hadiah kereta telah diadakan secara santai di Kuala Lumpur dan majlis ini telah dihoskan oleh pengacara yang serba-boleh Radin Era.

Sebenarnya selain daripada kereta sports mewah ini, MEERACLE juga akan mengadakan majlis penyerahan kunci kereta kepada stokis serta ejen-ejen mereka bersempena dengan kempen "The Rising Star". Ini khas untuk setiap ejen yang telah menunjukkan prestasi terbaik selama 7 bulan bermula September 2020 sehingga March 2021. Ganjaran yang ditawarkan merupakan kereta Volkswagen baru. 

Namun untuk majlis hari ini adalah untuk meraikan 4 wakil jualan terbaik yang telah memenangi kereta sports mewah Porsche 718 Cayman dan juga Ford Mustang 5.0 GT.




Ini adalah pemenang kereta mewah Mustang berwarna hitam. Seorang guru di Sekolah Anak-anak Istimewa, biarpun bekerja sepenuh masa namun tetap punyai minat yang mendalam dalam berniaga. Akhirnya membuahkan hasil apabila segala komitmen yang diberikan menjadikan beliau antara pemilik kereta sports mewah dari Mustang. 

Bekas pekerja di sektor kerajaan , beiau telah berhenti dan memberi fokus pada bisnes MEERACLE. Dan beliau berjaya mencapai target jualan setiap tahun. Sebelum ini beliau juga pernah memenangi kereta Mercedes Benz daripada MEERACLE.

Dan untuk Ford Mustang 5.0 GT dihadiahkan kepada suami yang tercinta yang selalu berada di belakangnya.
 


Pemilik Ford Mustang 5.0 GT berwarna kuning ini diberikan kepada wakil jualan daripada Kedah. Kecil molek orangnya tapi jiwanya cukup besar dalam dunia perniagaan.



Dan pemenang kereta sports mewah Porsche 718 Cayman adalah Puan Siti Azlina dari Melaka. Awalnya beliau hanya sebagai surirumah tetapi terjebak dengan MEERACLE setelah mencuba dan dapat melihat bagaimana produk ini boleh pergi lebih jauh lagi. Puan Siri Azlina telah banyak membantu wanita di luar sana untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan.

Siapa sangka memasuki 6 tahun bersama MEERACLE Puan Siri Azlina telah mendapat pelbagai ganjaran hebat seperti kereta Mercedes Benz, beg jenama mewah dan pelbagai lagi.

Anugerah yang diberikan seperti ini sebenarnya dapat membakar semangat serta memberi motivasi kepada ejen MEERACLE agar mereka terus mengorak langkah ke hadapan memburu kejayaan dalam perniagaan. Tiada yang mustahil janji kita perlu mula bertindak dari diri sendiri.



Untuk tahun ini MEERACLE juga akan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu MEERACLE Gemstone Facial Serum & Cleanser. Diberi jolokan HERO produk kerana dapat menjadikan kulit wanita lebih cantik dan sihat tanpa sebarang masalah.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk MEERACLE boleh layari:

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933