Buffet Ramadhan di S'lasih Padang & Asian Cuisine Menawarkan Sajian Autentik Yang Memikat Selera- S'lasih bunyinya agak 'catchy' dan mudah disebut. Namun disebalik nama yang unik ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Mengapa memilih nama 'Slasih', saya tertanya-tanya. Rupa-rupanya ianya adalah nama istimewa yang diilhamkan oleh ayah saudara pemilik restoran. Selain itu S'lasih juga adalah inspirasi daripada daun selasih yang kerap digunakan sebagai bahan dalam masakan.
Susunatur didalam restoran sangat teratur dan kemas. Memamg memudahkan pergerakan pelanggan untuk mengambil makanan. Apatah lagi untuk bulan ramadhan tahun ini, restoran hanya menghadkan diantara 60 sehingga 80 orang sahaja boleh berada di dalam restoran pada satu -satu masa. Ini bagi memastikan semua pelanggan dapat mematuhi SOP dari kerajaan iaitu perlu ada penjarakan sosial.
Saya sendiri sudah mencuba hampir ke semua hidangan di sini. Memang sangat puas hati. Ini terutama dari segi rasanya memang betul-betul kena dengan selera. Apa yang lebih mengujakan saya adalah lauk pauk tradisinya yang begitu autentik. Bukan sahajaboleh mencuba sajian dari Malaysia bahkan negara di Asia terutama dari Padang Indonesia juga ada ditawarkan.
Mencari kelainan dalam lauk berbuka? Apa kata anda boleh mencuba makanan Asia yang terkenal termasuk Nasi Padang untuk Iftar tahun ini. Bukan itu sahaja bahkan anda boleh mencuba pelbagai sajian hebat dan autentik datangnya dari negara Asia yang ditawarkan di Restoran S'lasih di Bangsar Shopping Centre dan juga Sunway Putra Mall.
Dengan hampir 100 hidangan setiap hari, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hidangan bufet ini mempunyai sesuatu untuk semua orang mahukan. Ini termasuklah hidangan istimewa restoran tersebut seperti Nasi Goreng Kambing Panas, Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit dan banyak lagi untuk anda pilih. Agak unik nama hidangannya tapi apa yang pasti memang sedap.
Dalam ucapan semasa pembukaan rasmi restoran di Bangsar Shopping Centre, Tengku Haji Daud Shah bin Tengku Adnan selaku pemilik Restoran S'lasih,mengatakan bahawa pelbagai hidangan Ramadan itu pasti akan ‘memanjakan’pelanggannya.
Tengku Haji Daud Shah bin Tengku Adnan
Kami merancang untuk membuka lebih banyak restoran di Lembah Klang pada masa depan dan akan terus memperluaskan menu kami untuk merangkumi lebih banyak hidangan dari seluruh Asia.
Selain dari hidangan istimewa, anda juga akan terpesona dengan Roti Canai Burrito dan Rendang Daging yang direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan hingga kering. Bayangkan betapa terperinci dan cara masakan juga mengikut cara orang lama dalam menghasilkan hidangan yang terbaik.
Antara masakan terkenal lain yang anda boleh mencubanya sendiri termasuklah Ayam Gulai, Ayam Goreng Rempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering yang sebenarnya merupakan daging lembu goreng yang diperap dalam air kelapa dengan bawang merah, bawang putih dan minyak kelapa.
Kambing golek
Dendeng Balado Cabe Merah Kering
Sup Ayam
Rendang Ayam Minang. Antara 'signature dish' yang menjadi tarikan di buffet ramadhan tahun ini
Masak lemak nangka
Gulai Babat
Asam pedas
Ayam Bakar
Ikan cencaru bakar
Ikan keli bakar
Ikan pari bakar
Bubur lambuk
Nasi kuning
Juadah Hari Raya. Paling istimewa hidangan rendang yang ditawarkan.
Pelbagai jenis kerabu berserta sambal yang boleh dipilih
Begitu juga ulaman, telur asin dan ikan kering
Sate, kuih jemput-jemput dan cekodok
Kuih muih tradisi
Buahan segar
Ada kaunter untuk kita sediakan sendiri ABC
Ada minuman sejuk dan juga minuman panas
Buffet Ramadan akan bermula pada 13 April hingga 3 Mei 2021 (5.30 petang - 9.00 malam setiap hari) di kedua-dua restoran. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di 014-5114769. Pesanan juga boleh dibuat melalui Foodpanda dan Grabfood.
Harga Buffet Ramadhan yang ditawarkan
Untuk buffet ramadhan yang menawarkan lebih 100 jenis hidangan, harga yang ditawarkan oleh S'lasih Padang & Asian Cuisine ini memang sangat berpatutan.
Hidangan bufet di Bangsar Shopping Centre berharga RM89.00 untuk orang dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak.
Manakala untuk Sunway Putra Mall harga yang dikenakan adalah pada RM30.00 bagi setiap orang dewasa dan RM10.00 bagi setiap kanak-kanak. Namun di sini kapastitinya hanyalah untuk 50 sahaja untuk satu-satu masa.
Bagi mereka yang ingin adakan majlis tertutup, majlis korporat atau sebarang majlis esklusif memang sangat disyorkan untuk diadakan di Restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine cawangan Bangsar Shopping Centre. Ini kerana restoran di cawangan ini mempunyai fasiliti yang cukup lengkap untuk penganjuran sebarang acara.
S'lasih Padang & Asian Cuisine
Bangsar Shopping Centre
Lot T3, 3rd Floor,
Jalan Maarof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
S'lasih Padang & Asian Cuisine
Sunway Putra Mall
Level 4- 43C,
Kuala Lumpur.
Hubungi:
+60320115444
+60145114769 (Whatsapp)
Boleh ikuti media sosial S'lasih:
www.instagram.com/slasih.cuisine
Sajian Asia turut ditawarkan,
Memenuhi citarasa setiap pelanggan,
Berbuka puasa dengan penuh kesyukuran.