Menikmati Hidangan Nostalgia Dari Hotel Maya Hanya Di Rumah- Bulan ramadan tahun ini seperti juga tahun lepas iaitu di musim PKP. Kebiasaannya di bulan ramadan saya dan keluarga akan ambil peluang untuk pulang ke kampung sekejap bertemu dengan keluarga dan juga paling utama menikmati juadah nostalgia yang sentiasa menjadi kegemaran apabila tibanya bulan puasa.
Tempahan Untuk Sambutan Hari Raya - Set Menu Simfoni Hari Raya Aildilfitri
Hotel Maya Kuala Lumpur juga menawarkan juadah untuk set menu Simfoni Hari Raya Aidlitifitri yang samada dihantar (delivery) atau diambil sendiri (takeaway). Untuk Set Menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri ditawarkab tiga set iaituHijauan Desa, Jendela di Taman dan Ditepi Pantai.
Untuk melihat menu dengan lebih jelas, boleh klik pautan ini :- https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html
Kebiasaannya juga apabila bulan ramadan saya juga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di hotel sekitar Kuala Lumpur. Namun di musim pandemik Covid 19 menjadikan pergerakan agak terbatas terutama seperti saya yang masih mempunyai anak kecil. Apabila Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan juadah bufet ramadan yang boleh dihantar terus ke rumah. Haruslah saya tidak melepaskan peluang untuk membuat pesanan.
Hidangan Nostalgia Hotel Maya Menjadi Pilihan
Memandangkan ahli keluarga saya ramai dalam 8 orang. Dan 7 orang daripadanya berpuasa penuh jadi saya memang mencari hidangan yang dapat memenuhi citarasa seisi keluarga. Apabila saya melihat sendiri pilihan menu set yang ditawarkan oleh Hotel Maya Kuala Lumpur ternyata semuanya menarik.
Ada Dedaun Set (12 hidangan), Laman Bayu Set (13 hidangan) dan Aman Sari Set (14 hidangan). Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri ini ditawarkan bermula dari 13 Mei sehingga 11 Jun 2021. Bermula jam 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir adalah pada 8 malam).
Minimun order untuk setiap set adalah 4 pax. Dan korang boleh pilih mengikut kesesuaian bilangan ahli keluarga atau rakan yang sertai sekali berbuka puasa. Menariknya disebabkan ianya boleh 'tapau' dibawah balik, pihak hotel telah meletakkan juadah dalam bekas yang mudah untuk kita panaskan didalam oven atau ketuhar. Memang sangat praktikal.
Kalau nak makan-makan di rumah memang sesuai sangat order Hidangan Nostalgia dari Hotel Maya ini. Apatah lagi didatangkan dengan pelbagai pilihan makanan yang pastinya tidak mengecewakan.
Antara hidangan menu di dalam Dedaun Set untuk 6 pax, apa yang saya order adalah seperti:-
Ikan Patin Masak Tempoyak
Daging Salai Masak Lemak Pisang Muda
Ayam Kermek Bergajus
Acar Rampai
Sayur Campur Cendawan Tiram Goreng Belacan Timur Jawa
Kerabu Betik Mangga
Ulam-ulaman Sambal Belacan
Nasi Putih
Bubur Lambuk Ulik Mayang
Pengat Pisang Bersama Sago
Sup Soto Ayam Simpang Renggam
Kicap Pedas
Kurma
Aneka Kuih Muih
Secara peribadi memang semuanya sedap dan puas hati. Portion juga agak banyak untuk 6 pax. Berbaloi pada harga dengan kualiti yang ditawarkan. Terutama hidangan utama seperti Ikan Patin Masak Tempoyak memang betul-betul padu rasanya. Begitu sempama umpama menikmati air tangan nenda sendiri.
Tempahan Untuk Sambutan Hari Raya - Set Menu Simfoni Hari Raya Aildilfitri
Hotel Maya Kuala Lumpur juga menawarkan juadah untuk set menu Simfoni Hari Raya Aidlitifitri yang samada dihantar (delivery) atau diambil sendiri (takeaway). Untuk Set Menu Simfoni Hari Raya Aidilfitri ditawarkab tiga set iaituHijauan Desa, Jendela di Taman dan Ditepi Pantai.
Untuk set Hijauan Desa ada 12 hidangan (RM60 per pax), manakala Jendela di Taman dengan 13 set hidangan (RM80 per pax) . Seterusnya set Ditepi Pantai ada 14 hidangan (RM100 per pax) . Semua set ini dilengkapi dengan hidangan utama (main dish), pembuka selera dan pencuci mulut. Minimum pesanan adalah 4 orang untuk setiap set yang dipesan. Diskaun sebanyak 20% jika membuat tempahan sebelum 12 Mei 2021.Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri tersedia dari 13 Mei hingga 11 Jun dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam).
Gendang gendut tali kecapi.
Hidangan Nostagia sentiasa di hati!
Untuk melihat menu dengan lebih jelas, boleh klik pautan ini :- https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi F&B hotline: https://wa.me/60122828187
Laman Web:
www.hotelmaya.com.my
Laman Web:
www.hotelmaya.com.my
Sosial Media: