Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Mudah dan Efisien Servis Kereta di DTox Wangsa Walk Mall

$
0
0
DTox, nama agak unik untuk sebuah pusat servis kereta. Dan untuk pengetahuan semua DTox memberi maksud Drive Thru Oil-change Expert. Sehingga artikel ini ditulis, hanya terdapat 2 pusat servis DTox di Malaysia iaitu di alamat:-

No 2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya, Selangor
Dibuka setiap hari Isnin-Jumaat (9 pagi - 7 malam) dan Sabtu-Ahad (8 pagi - 6 petang)

Wangsa Walk Mall (di bahagian parking berdekatan dengan Celebrity Fitness)
Dibuka setiap hari (10 pagi-8 malam)

Apa yang menariknya, saya telah mencuba sendiri servis yang disediakan di bengkel DTox untuk cawangan Wangsa Walk Mall. Dan jangan tidak percaya, masa yang diambil oleh untuk servis kereta tidak terlalu lama memandangkan semua perkakasan bengkel ada disediakan dengan bilangan mekanik yang sangat mencukupi untuk menguruskan setiap kereta yang dihantar. Ianya juga bergantung kepada jenis servis dan kereta yang dihantar, dan anggaran masa yang diambil adalah diantara 20-45 minit sahaja.

Yang bestnya, kalau hantar servis kereta kat sini, kita boleh habiskan masa bosan menunggu kereta yang diservis kepada aktiviti cuci-cuci mata dan berbelanja di Wangsa Walk Mall. Best giler!

Selain daripada servis yang pantas, harga pakej yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Dari serendah RM88 untuk pemeriksaan dan servis asas.

Ini adalah servis mengikut pakej yang disediakan di DTox!

Ini pula untuk tambahan major servis dan harga pakej adalah bergantung kepada jenama kereta yang digunakan.

Barangan spare part kereta juga ada dijual di DTox.

Jenis minyak enjin yang ditawarkan sekaligus digunakan di DTox

Pemilihan minyak enjin adalah bergantung kepada usia kereta (enjin) itu berjalan di jalan raya. Jika lebih 10 tahun, atau kurang daripada itu. Mekanik akan mengesyorkan minyak terbaik untuk kereta anda bagi tujuan melancarkan lagi enjin kereta. Namun ianya juga bergantung sekiranya kereta kita mempunyai sejarah yang mana servis sebelumnya menggunakan minyak Shell (contoh), adalah digalakkan kita meneruskan penggunaan minyak dari jenama yang sama

Genuine Oil" minyak gear mengikut model kereta yang digunakan.

Bateri kereta juga ada!!
Kami yang sedia berkhidmat!
Layanan servis kereta kat sini memang hebat :)

Setiap pelanggan yang datang akan direkodkan butiran mereka di dalam pangkalan data DTox. Ini bagi tujuan pengemaskinian rekod pelanggan, jenis servis yang diambil, dan permasalahan kereta yang dihadapi (jika ada). Jadi, mudahlah sekiranya pelanggan berkunjung kembali ke DTox untuk servis pada masa akan datang.

Terdapat 3 servis bay di DTox Cawangan Wangsa Walk Mall, ini bermakna untuk satu-satu masa 3 biji kenderaan boleh diservis secara serentak.

Dengan peralatan servis berteknologi tinggi, menjadikan kerja servis mudah dan efisiesn.

Saya sendiri melihat bagaimana mekanik di sini bekerja. Memang pantas dan cermat.

"
Penukaran minyak enjin kereta Exora saya, erkkkkkkk :=)

Secara keseluruhan rupa enjin kereta Exora saya dari atas.

Pemeriksaan minyak hitam.

Untuk kereta Exora, saya telah memilih miyak enjin ini.

Memastikan semuanya berada di dalam keadaan "ÖK"dan selamat digunakan. Ini terutama lampu signal (depan dan belakang), brek (oh ya saya ada minta mekanik untuk membersihkan break pad kereta ini), tekanan angin tayar, wiper dan banyak lagi.

Segalanya direkod dan dilaporkan kepada pelanggan. Saya juga diberi penerangan ringkas tentang servis yang dilakukan oleh mekanik DTOx.

Menariknya di DTox menawarkan:-
a. Konsep servis Pandu Lalu (hanya di cawangan PJ). Pelanggan hanya duduk dalam kereta.
b. Tidak perlu membuat tempahan awal (no appointment)
c. Menggunkana hanya "genuine oil"- mementingkan kualiti dan keselamatan
d. Tiada bayaran tersembunyi (no hidden fees)- apa yang ditawarkan itu yang perlu dibayar. Segala pertambahan harga akan diberitahu terlebih dahulu kepada pelanggan sebelum servis/penukaran barangan dilakukan.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

018-6283869

 DTox |Drive Thru Oil-change Expert
Servicing Your Car Has Never Been Easier

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933