Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Review Drama Bersiri di Netflix : Lupin 2

$
0
0
Antara drama bersiri yang saya suka - Lupin. Start terjebak masa Lupin 1 dan kini dan ada yang terbaru Lupin 2. Cerita macam ini memerlukan kita banyak berfikir. Apakah strategi Assane Diop ini sebenarnya. Masa di Lupin 1, kita dibawa kembali kepada kenapa Assane (Omar Sy) terjebak dengan Hubert Pellegrini (Hervé Pierre). Ini berikutan dendam Assane terhadap Pellegrini yang menyebabkan ayahnya Babakar Diop (Fargass Assandé) telah dituduh mencuri, lalu dipenjarakan dan akhirnya membunuh diri.

Dengan mengambil inspirasi kisah dan pengembaraan Arsene Lupin “gentleman burglar”seorang pencuri yang hebat dalam skill mencuri barang kemas. Assane berjaya membuatkan hidup Pellegrini berada didalam kucar kacir. 

Didalam Lupin 1, kisahnya berakhir dengan anak Assane iaitu Raoul (Etan Simon) telah diculik. Sambungan pada musim terbaru Lupin 2, Assane telah menjejaki anaknya dengan bantuan (tanpa disengaja) anggota polis yang juga meminati kisah Lupin iaitu Guedira (Soufiane Guerrab).

Pelbagai rintangan yang perlu dilalui termasuk tuduhan membunuh seseorang yang telah dibunuh di kediamannya. Apatah lagi dengan keadaan Assane yang tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya Raoul oleh isterinya Claire (Ludivine Sagnier) yang kini sudah mempunyai teman lelaki yang baru.

Kelebihan Assane bukan sahaja kerana beliau seorang yang bijak, bahkan Assane juga sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kiranya ada Plan A, B , C dan seterusnya. Paling best dia ada rakan baik (side kick) yang begitu setia dan memahami iaitu Benjamin Ferel (Antoine Gouy). Ben ini bagi saya sendiri bukan sahaja kawan tapi macam adik beradik dah dengan Assane.

Dalam Lupin 2 juga Assane mendapat bantuan daripada Philippe Courbet (Stefan Crepon) yang menyamar sebagai akauntan korup dan juga Juliette Pellegrini (Clotilde Hesme) anak tunggal musuhnya. Untuk musim 2 ni juga ada juga mempertengahkan isu taraf hidup dan racist.


Bila tengok siri ini, banyak scene yang kita akan berdebar-debar terutama ketika Assane melarikan diri daripada polis. Pernah tertangkap sekali dan berjaya memboloskan diri. Tapi sepertimana yang kita ketahui pejuangan Assane adalah untuk membersihkan nama ayahnya. Ending musim 2 memang best, cuma tak sabar nak tunggu musim ke-3!

Sesiapa yang minat cerita penyiasatan seperti Sherlock Holmes. Korang mesti suka juga dengan siri sekuel Lupin di Netflix.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933