Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Cabaran Memasak True Aussie Lamb : Lamb Rack With Special Sauce

$
0
0
Lepas hadiri Webinar Beef Up tempohari, saya memang teruja apabila mendengar sendiri penerangan mengenai daging merah Aussie dan juga cara teknik penyediaan masakan yang mudah, cepat dan enak. Seperti yang kita maklum daging Aussie sememangnya daging premium bukan sahaja berkualiti dari segi tekstur. Bahkan jika dijadikan hidangan apapun rasanya tetap memikat jiwa. Dan daging dari jenama ini juga telah mendapat perakuan sijil Halal.

Dan untuk kali ini saya telah memasak Lamb Rack With Special Sauce. Kenapa special sauce, ini kerana rasanya lemak-lemak pedas bersama sedikit percikan rasa lemon. Memenuh citarasa masyarakat Asia.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk perapan daging:
- True Aussie Lamb Rack
- Garam
- Lada hitam (ditumbuk halus)

Sos
- Bawang putih (potong kecil)
- Olive Oil (sedikit)
- Butter (sedikit)
- Thyme (lemon)
- Cooking Cream
- Lada hitam (ditumbuk)
- Garam (secukup rasa)

Side dish:
- Asparagus
- Tomato
- Mashed potatoes

Cara penyediaan boleh tonton dari video di bawah :-)

Memang senang dan mudah disediakan. Paling penting rasanya memang sedap!


Saya imbangkan didalam satu pinggan hidangan memenuhi keperluan diet setiap hari iaitu protein, karbo dan sayuran. Apa yang penting daging tidak perlu dimasak lama. Teksturnya tetap lembut dan berjus.

Jangan lupa untuk cuba ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932