Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Hidangan 'Signature Dish' di PREMIÈRE HOTEL KLANG Ditawarkan Bersempena dengan Promosi Untuk Bulan Julai dan Ogos 2021

$
0
0
Siapa yan tidak teruja jika dapat menikmati hidangan yang menjadi 'Signature Dish' di Hotel Première yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Hotel yang berstatus 4 bintang ini menawarkan pelbagai hidangan yang menarik dan enak semestinya dapat memenuhi citarasa masyarakat tempatan. Untuk pengetahuan semua di Hotel Première terdapatnya restoran serta kafe seperti The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. 

The Buzz menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, manakala Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik dan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang menawarkan makanan ringan, burger dan pizza. Kafe ini juga terletak berhadapan dengan kolam renang.
Untuk bulan Julai dan Ogis 2021, Chef Eksekutif Hotel Première iaitu Chef Noor Hisham dan pasukannya telah menawarkan pelbagai hidangan enak dan hebat yang sentiasa menjadi pilihan rata-rata pengunjung hotel.
Nasi Bukhara

Gulai Ayam

Gulai Udang Galah

Raita Timun Berkrim

Keropok papadom

Antaranya seperti Nasi Bukhara Ayam ATAU Udang Galah. Nasi Bukhara ini dimasak dengan nasi basmati aromatik & beberapa rempah Bukhara yang cukup istimewa. Hidangan ini memberikan dua kali rasa enak kerana ia didatangkan bersama dengan raita timun berkrim, ikan bilis dan keropok papadum yang rangup. Untuk set Nasi Bukhara Ayam ditawarkan pada harga RM30 manakala set
Nasi Bukhara Udang Galah berharga RM58.

Corn Tortilla

tew Domba East Meet West Braised 

Roti nan

Salad/Sayuran

Seterusnya adalah hidangan Stew Domba East Meet West Braised dengan Corn Tortilla. Daging kambing yang dikisar halus sememangnya sangat lembut, cukup berperisa dan sesuai dinimati samada dengan tortilla mahupun  bersama roti nan. Untuk satu set ini ditawrakan pada harga RM32 sahaja,

Saya memang dah cuba sendiri. Memang puas hati terutama dengan rasa rempah Burkhara memang padu! Cukup rasa dan kuahnya memang pekat (fav!). Begitu juga nasi bukan sahaja rasa enak tetapi dengan ditaburi  kacang gajus panggang, menjadikan nasi burkhara yang dinikmati lebih istimewa rasanya.

Selain itu hidangan tew Domba East Meet West Braised  juga tidak mengecewakan. Daging kemabing memang lembut dan apabila dinikmati bersama corn tortilla yang ranggup, fuhh satu pengalaman luar biasa dalan gastronomi hidangan Mexico yang pernah saya cuba. Puas hati, jika cuba sekali pasti akan repeat lagi.

Semua hidangan hebat ini boleh didapati dari bulan Julai hingga Ogos 2021 dan korang jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya sendiri.

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-
 +603 3325 6828 / 03-3325 6800 

atau e-mel :fnb@premiere-hotels.wct.my a

Whatsapp : 012 449 6258



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932