Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Produk Penjagaan Badan Safi Hijabista Menjadikan Kita Kekal Aktif Sepanjang Hari

$
0
0
Kekal aktif sepanjang hari memang menjadi misi semua hijabista! Yup! Sebab itulah kita perlu menggunakan produk penjagaan badan yang terbaik bagi memberi keselesaan pada diri untuk bebas bergerak aktif. Tidaklah kita rasa kurang keyakinan diri disebabkan badan rasa melekit dan berbau.

Bagi menyokong wanita berhijab dalam mengharungi cuaca yang panas dan lembap sepanjang hari Safi  Bodycare telah memperkenalkan produk terbaru mereka dengan formulasi 7 Pro Action & Technology Scent Care.  Produk ini sangat membantu untuk mengurangkan bau badan dan juga menjadikan badan tidak melekit (terutama di bahagian arm pit!).

Antara produk tersebut adalah seperti:-
  1. SAFI HIJABISTA Antibacterial Deodorant Roll On
  2. SAFI HIJABISTA Antibacterial Deodorant Spray
  3. SAFI HIJABISTA Aqua Gel Lotion
  4. SAFI HIJABISTA Soothing Gel

Antibacterial Deodorant Roll On 


Deadoran yang mempunyai formulasi anti-bakteria yang dapat memberi perlindungan kepada kita. Dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology dan telah diuji dermatologi ternyata ianya selamat dan yang dapat memberi perlindungan selama 48 jam lamanya. Mudah digunakan memandangkan ianya mempunyai aplikator luncur yang sangat praktikal kegunaannya. Antibacterial Deodorant Roll On juga bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Didatangkan dalam 3 varian iaitu:-
Healthy White– Apricot & Pearl Powder
Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber
Soft & Smooth– Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Action Antibacterial Deodorant Roll On :

• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Skin Stress
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit


Antibacterial Deodorant Spray


Deadoran ini selain daripada memberi perlindungan 48 jalam ianya juga dapat memberi kesegaran kepada diri kita sepanjang hari.Telah diuji secara dermatologi dengan manfaat 7 Pro Action & Scent Care Technology. Selepas guna memang terasa pantas sahaja kering dan ianya tidak melekit. Antibacterial Deodorant Spray adalah produk yang bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Terdapat dalam 3 varian:
Healthy White– Apricot & Pearl Powder
Dry Fresh– Aloe Vera & Cucumber
Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Action Antibacterial Deodorant Spray:
• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Skin Stress
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit


Aqua Gel Lotion


Saya memang suka dengan Aqua Gel Lotion ini. Sejenis gel yang ringan dapat membantu penghidratan kulit dan juga memberi faedah penjagaan kulit. Apa yang menarik ianya tidak melekit dan menyerap dengan pantas. Aqua Gel Lotion adalah bebas daripada paraben, minyak mineral dan tidak dilakukan ujian ke atas haiwan.

Terdapat dalam 2 varian:
  • Soothing Fresh (Aloe Vera)– Soothes & Calms Skin
  • Radiant Fresh (Pomegranate)– Repairs & Brightens Skin

 7 Pro Action Aqua Gel Lotion: 
o Meremajakan kulit kering
o Mengembalikan penghidratan
o Mengekalkan kelembutan kulit
o Menyegarkan sensasi aqua
o Meredakan skin stress
o Menghidupkan semula kulit
o Mengurangkan penampilan garis-garis halus


Soothing Gel 
Gel dengan tekstur yang ringan ini dapat menghidrat kulit dan juga memberi pelbagai manfaat 100% bahan semulajadi. Saya sendiri sangat sukakan buah delima yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Soothing gel ini setelah digunakan ternyata ianya menyerap lebih pantas dan juga tidak melekit. Produk ini bebas daripada paraben, pewarna, minyak mineral dan tidak dilakukan ujian ke atas haiwan.

Terdapat dalam 2 varian:
  • 100% Natural Aloe Vera – Soothes, Refreshes & Hydrates Skin 
  • 100% Natural Pomegranate– Soothes, Refreshes and Brightens Skin
Menawarkan 7 fungsi dan kegunaan:
• Kemerahan kulit
• Tumit retak
• Kulit gebu / mengelupas
• Kulit yang merengsa
• Selepas bercukur
• Rawatan rambut
• Pelembap badan


Jom Sertai Peraduan #HIJABOLEH

Jangan lupa untuk sertai peraduan di instagram dengan memuat naik gambar paling bergaya korang yang tampil keyakinan bersama hashtag #HIJABOLEH. Mana tahu, anda berpeluang memenangi hadiah iPhone 12 yang ditawarkan. Keterangan lanjut mengenai peraduan dan cara penyertaan boleh rujuk pada IG Safi Malaysia (nantikan pengumumannya secara rasmi ya!).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932