TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, Sangat Praktikal Untuk Dibawa Ke Mana Sahaja!- Mencari yang praktikal dan ada gaya antara ciri-ciri sling bag yang memang menjadi pilihan baik wanita mahupun lelaki. Saya sendiri sukakan sling bag terutama yang mempunyai ruang yang luas (sebab ada banyak barang penting yang perlu saya bawa ke mana sahaja). Jika ianya tahan lasak dan sekiranya talinya boleh dilaraskan itu adalah bonus! Ini kerana mudah untuk saya mengayakan mengikut keselesaan.
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag
Baru-baru ini saya ada membeli sebuah sling bag dari PTT Outdoor. Kebetulan sekarang ada promosi dengan diskaun yang menarik jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya satu untuk kegunaan pribadi.
Saya suka dengan materialnya yang memang kalis air (water resistant) jadi tidak ada masalah sekiranya terkena tempias air hujan, air tertumpah dan sebagainya. Materialnya daripada fabrik oxford dan polyester. Nah! Tidak hairanlah ianya tahan lasak.
Untuk TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ditawarkan 2 warna yang menarik iaitu hijau gelap (dark green) dan biru. Dan saya telah memilih warna kegemaran iaitu hijau semestinya :-)
Antara faktor yang membuatkan saya suka dengan TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ini adalah terdapat banyaknya poket serbaguna yang menampakkan lagi ciri-ciri versatilnya. Dengan ruang yang luas ditambah dengan poket depan, belakang dan didalam begitu sendiri membolehkan saya menyusun barangan yang wajib dibawa dengan kemas dan teratur. Menjadikan saya lebih sistematik dan kemas.
Zip yang digunakan daripada metal yang tegap. Sesuai dengan ciri utamanya iaitu sling bag yang lasak! Sungguhpun begitu ianya tetap tampil elegan dan memang sangat praktikal untuk kegunaan harian.Poket yang dibahagian belakang beg. Macam-macam boleh diletakkan di sini.
Selain itu saya juga tertarik dengan rekaan bahagian depan. Simple, smart dan didatangkan dengan 2 poket.
Tali beg yang mudah diselaraskan. Samada untuk digayakan di bahagian depan ataupun dibawa ke belakang.
TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag, sememangnya boleh dibawa ke mana sahaja. Samada untuk acara santai ataupun aktiviti lasak. Kita tetap nampak bergaya!
Pembelian terbaik dari PTT Outdoor, jika orang ingin mendapatkannya juga bolej klik pada link ini :-