Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Merawat Jerawat, Mengatasi Jeragat, Bersama Cosmoderm Minyak Tea Tree dan Vitamin E Yang Hebat

$
0
0

Saya memang akan memilih yang terbaik untuk kulit wajah. Ini memandangkan semakin kita berusia, semakin kita matang dalam membuat pemilihan formulasi didalam produk yang digunakan. Dan jenama Cosmoderm tidak pernah mengecewakan saya.  Sepanjang saya menjadi pengguna yang setia, siri penjagaan wajah terbaru yang diperkenalkan sememangnya sangat sesuai bukan untuk saya sahaja bahkan semua ahli keluarga.

Cosmoderm telah memperkanlkan produk khas untuk mereka yang berkulit normal dan kering. Bagi membantu kulit agar lebih berseri-seri, anjal dan tidak kusam. Formulasi yang digunakan adalah memberi tambahan keperluan vitamin E (bertindak sebagai anti oksida) di wajah agar dapat kekal lembapan serta meningkatkan keserian wajah secara semulajadi.

Manakala untuk siri penjagaan wajah Cosmoderm Minyak Tea Tree lebih kepada merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, kesan jerawat dan juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Ini kerana manfaat tea tree itu sendiri yang bertindak sebagai TTO anti-bakteria yang dapat membunuh kuman. Penggunaan produk ini secara konsisten dapat membantu mereka yang mengalami masalah jerawat, terutama mengecilkan/menghilangkan jerawat dan juga mengurangkan kesan-kesan jerawat lama di wajah.


Cosmoderm Vitamin E

#YouTurnBeauty untuk siri ini saya telah mencuba pencuci wajah dan Bi-Phased Toning Essence. Kedua-dua ini adalah penting yang perlu digunakan dalam penjagaan rutin wajah. Saya suka dengan aroma semulajadinya (lembut), tiada paraben dan diyakini HALAL. Selain itu produk ini memang telah diuji secara dematalogi ianya selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Sebelum kita gunakan produk Bi-Phased Toning Essesnce. wajah perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Sememangnya menjadi amalan membersihkan wajah pada setiap hari di waktu pagi (bangkit dari tidur) dan juga sebelum masuk tidur (malam).

Pastikan wajah betul-betul bersih. Basuh dan bilas. Keringkan dengan tuala muka.

Inilah adalah produk kegemaran saya Cosmoderm Vitamin E Bi Phased 2000 IU. Walaupun sekarang saya tidak kerap berada di luar rumah. Tetapi kulit saya tetap memerlukan vitamin E. Kenapa kita perlukan vitamin E di muka? Ini adalah kerana vitamin E  berfungsi sebagai antioksida. Sebagai contoh, matahari menghasilkan sinaran UV yang boleh menghasilkan radikal bebas yang tinggi pada badan. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel kulit sehingga berisiko menyumbang kepada masalah kulit. jika tidak dirawat boleh menyebabkan kanser kulit. Jadi, disinilah vitamin E berfungsi sebagai wira terhebat dengan menjadi penghapus kepada bahan radikal bebas tersebut kerana kebolehan antioksidanya

Cara gunakannya, hanya picit sedikit di telapak tangan. Seterusnya sapukan di seluruh muka. Wajah akan lebih cerah, rona kulit menjadi  sekata dan anjal seperti orang muda :p


Cosmoderm Minyak Tea Tree

Ini pula untuk kegunaan my Yana yang memang mempunyai masalah jerawat iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil. Produk ini juga telah diuji secara dermatologi yang ianya selamat digunakan. Bebas paraben dan halal.

Seperti biasa kita mulakan dengan mencuci wajah terlebih dahulu.

Pastikan wajah benar-benar bersih sebelum kita mula meletakkan Cosmoderm  Tea Tree Oil Refining Oil Contro Serum.

Produk yang best dan memang saya rekomen terutama buat anak muda yang mengalami masalah jearwat di kulit wajah - Cosmoderm  Tea Tree Oil Refining Oil Contro Serum. Untuk pengetahuan semua formulasi tea tree oil itu sendiri mengandungi Terpinen-4-ol yang sangat berkesan dalam rawatan penyakit kulit dan mengatasi jangkitan kulat kerana ia dapat merangsang aktiviti sel darah putih dalam melawan bakteria. Selain bagus untuk jerawat, tat tree oil juga banyak digunakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah kulit berminyak. #ControlAcneDelete

Hanya titiskan sedikit di tangan. Sapu rata di seluruh wajah. Pakai di waktu siang dan juga sebelum tidur. Memang rasa perbezaannya. Bukan sahaja kulit lebih cerah bahkan jerawat yang sedia ada semakin mengecut. Guna secara konsisten.

Set lengkap untuk kegunaan setiap hari :-)

Rutin penjagaan wajah terbaik setiap hari, penjagaan wajah Cosmoderm keberkesanannya terbukti! Jom cuba hari ini :-)

Boleh dapatkan produk Cosmoderm di Watsons dan pasaraya yang berdekatan 

Keterangan lanjut korang boleh layari di:-
#TeamofCosmoderm 
#Youturnbeauty 
#ControlAcneDelet


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933