Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Mulakan Tahun 2016 Dengan Cara Hidup Yang Sihat Bersama Washington Apple Commission dan Fitness First!

$
0
0
Semua orang tahu tentang khasiatnya buah epal. Selain daripada ianya kaya dengat serat dan bertindak sebagai pelawas yang baik, buah epal juga sebenarnya kaya dengan zat vitamin C, pottasium dan anti-oksida. Dikatakan ianya bagus untuk mencantikkan kulit, mencegah daripada penyakit seperti kanser dan tiroid dan banyak lagi kelebihannya yang tersembunyi.

Terdapat sehingga 20 jenis epal sepanjang musim setiap tahun. Dan di antara jenis-jenis epal yang popular terdapat di pasaran seperti:-
1. Red Delicious
2. Golden Delicious
3. Gala Fuji
4. Granny Smith
5. Honeycrisp
6. Crisp Pink
7. Braebun
8. Jonagold

Menyedari kepentingan khasiat buah Epal, Washinton Apple Commission (WAC) telah berkalaborasi bersama Fitness First melancarkan "Kempen Komuniti Gaya Hidup Pemakanan Menyihatkan & Kecergasan".
 Yang mana pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan. Sekaligus memberikan pengetahuan dan pendidikan bagaimana epal dapat dikombinasikan bersama regim kesihatan mampu merangsang kesihatan serta kecergasan :=)

Pelbagai jenis resepi dan jus/smoothies boleh dicuba dengan menggunakan buah epal sebagai bahan utama. Resepi boleh didapatkan di www.bestapples.com. Apa yang menarik perhatian saya ialah Salad Apple!

Pihak Fitness First juga telah membuat demonstrasi cara senaman yang mudah yang turut disertai beberapa pihak media. Dan istimewanya buat pengunjung gimnasium Fitness First cawangan Paradigm Mall, akan diberikan epal secara percuma selama seminggu.

 Turut diadakan pertandingan gambar di instagram yang mana 5 pemenang telah dipilih dan menerima hadiah yang menarik dari pihak penganjur.

An apple a day  + exercise keeps the doctor far-far-far away..hikhik

Epal setiap hari, cergas sentiasa....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933