Filem penuh aksi ini diadaptasi daripada komik manga Jinchū Arc.Walaupun saya bukanlah peminat manga tetapi cerita yang ada berkisar samurai memang mencuri perhatian. Ini kerana kisah seperti ini, biasanya tidak mempunyai dialog yang panjang dan hanya balik melibatkan aksi pertarungan dan ekspresi wajah sahaja.
Untuk filem Rurouni Kenshin ini uniknya dimulakan dengan kisah akhir (The Final) dan disambungkan kepada kisah awal bagaimana ianya berlaku (The Beginning) . Jadi apabila kita menonton filem yang Part 1 mungkin tidak berapa jelas. Tapi setelah menonton Part 2, kita lebih faham bagaiman mulanya Kenshin berjanji tidak akan membunuh lagi.
Rurouni Kenshin Part 1 The Final
Dalam filem ini Tokyo menghadapi ancaman serangan oleh sekumpulan penjenayah yang mempunyai dendam terhadap Himura Kenshin. Kumpulan tersebut yang diketuai Enishi ingin menghukum Kenshin atas kesilapan lalunya. Kenshin yang telah meninggalkan dunia sebagai pembunuh upahan kini diheret kembali mengingatkan kisah duka yang pernah berlaku didalam hidupnya. Dan parut di wajah menjadi saksi atas segala kesilapan yang pernah dilakukan.
Gabungan arahan Keishi Ōtomo, koreografi Kenji Tanigaki dan sinematografi Takuro Ishizaka menjadikan aksi pertarungan didalam filem ini memang hebat. Apatah lagi aksi dan lakonan Takeru Satoh sebagai samurai memang sangat terserlah. Cuma yang kurang sikit tentang filem ini apabila melibatkan pertarungan berkumpulan. Agak kelam kabut dan terabur.
Asalnya adalah mengenai dendam Enishi tapi didalam filem ini tidak memberikan fokus sangat menjadikan Enishi seperti watak tempelan di situ.
Rurouni Kenshin Part 2 The Beginning
Untuk bahagian pertama filem ini, megisahkan perjalanan Kenshin sebagai Hitokiri Battosai. Dan Kenshin menjadi pembunuh yang terkenal di Kyoto. Sentiasa menurut perintah Katsura yang merupakan pemimpin Choshu (kumpulan anti-shogun).
Setelah membunuh beratus orang atas arahan Katsura sejak setahun yang lalu, Kenshin telah mula ragu-ragu mengenai tindakannya terutama mengenai tentang siapa yang seharusnya dia bunuh. Dan sebilangan anggota kumpulannya yang lain mula mempertikaikan perubahan tingkah lakunya.
Kemunculan seorang gadis secara tiba-tiba bernama Tomoe dan cuba mendekati Kenshin.Walaupun sering mengelak daripada Tomoe tetapi pada masa yang sama Kenshin sangat mengambil berat. Apabila kumpulan Choshu telah diserang dan berlakunya pergolakan, Kenshin telah bersembunyi dengan Tomoe di sebuah desa luar daerah Kyoto. Kenshin mula menyesuaikan diri hidup seperti orang biasa dan pada masa yang sama mula jatuh hati dengan Tamoe. Tapi siapa sangka ianya hanya sementara. Lebih menyedihkan terlalu banyak perkara pengkhianatan sebenarnya telah berlaku.
Apa yang terjadi dengan Kenshin. Bagaima dengan nasib Tomoe. Adakah kumpulan Choshu berkubur? Di pengakhiran cerita memang agak sedih. Dan Kenshin sendiri sudah bersumpah tidak akan membunuh selepas itu.
Hmmm.. Okla. Boleh tonton di Netflix!