Aku sebenarnya macam addicted dengan penulisan Lily (bukan Cik Lily, hahahah) dari IIUM Confession. Mesti Kid Hisyamuddin menganjing aku, sebab suka pada cerita ala-ala talenovela dari facebook page. Sebenarnya bila keadaan ko kena sentiasa berada di rumah. Dan adanya kemudahan capaian internet yang bolehlah laju walaupun sebelah malamnya hauk (tq Maxis fiber, aku bayar komitemen tiap bulan mahal giler) haruslah kena rajin membaca bahan-bahan atas online. Kamomla membacakan jambatan ilmu, hehehe.
Sebenarnya Lily dia ada kongsikan tentang suaminya yang seorang lelaki lembut. Ada 5 parts rasanya. Memang cara penulisan Lily ni bestlah. Susunan cerita dan dari pengalaman sebenar memang sampai ke jiwa. Bila ko baca akan senyum-senyum sendiri, hah! Macam angau dengan penulis, keh.
Berbalik tentang lelaki lembut. Ramai rasanya (terutama perempuan macam aku) merasakan lelaki lembut ini kurang macho, jiwa sensitif serta lembut, suka dengan kecantikan, pembersih, sensitif, kadang-kala kuat merajuk dan jujur. Tang kurang macho ni maksudnya macam takdelah nampak macam sasa sangat saiz badannya (nak nampak 6 packs idokler, haha), tak dengar sangat suara kasar (suara abang-abang) dan takdelah nampak lelaki yang kau harap jika lemas dalam lautan dia datang terjun serta tolong. Hahahah. So ini konsep macho, hakahk-hakak dari mata luaran. Kalau dilihat pada istilah macho dari edisi Dewan Bahasa memang lainlah.
Aku ingat lagi masa di zaman universiti, bila ada lelaki lembut jer. Mesti orang panggil "Hey pondan!!". Bila nampak lelaki bergaya sedikit datang kelas (bukan pakai skirt pun), maksudnya pakai baju kemeja corak bunga ala hawai tu. mesti ada yang jerit "Ehhh gaya bapok, ko nih". Dan yang panggil macam tu biasanya dari kalangan lelaki juga yang secara fitrah bukanlah macho sangat cuma dia lelaki yang suka warna cam biru, hitam, kelabu dan warna yang biasa menjadi elemen pakaian seorang lelaki. Kalau lelaki pakai kaler pink jer... mesti pelik.
Yup! Tu dulu. Zaman yang teknologi google tu untuk mereka yang belajar ICT jer kena tahu, hahaha. Aku pun masa tu cam kompius lelaki lembut ni by auto dia pondan ke. Oits! Sorry. Ini adalah fikiran paling jengkel sekali ya. Aku masih ingat lagi dalam kelas kitaorang ada seorang pelajar lelaki yang memang karektornya sangat 'meriah'. Bukan sahaja gaya percakapan, gaya berpakaian suka giler warna pink dan ceria. Tapi sebab dia ni meriah sangat jadinya dia selalu kena lantik jadi wakil kelas. Masa awal-awal cam semester 1, dia ni selalu cam kena ala-ala buli, kena usik dengan satu kelas. Tapi dia ni baik giler. Jarang marah dan ambil hati. Paling kuat dia merajuk dan paling sadis dia boleh jalan menghentak kaki (aku tengok dia masa tu, ko ni kenapa level perangai adik aku yang kecik jer, hahahah).
Tapi aku suka kawan dengan dia. Sebab bagi aku dia jenis tak berpura-pura. Katalah ko pakai lipstik cam merah bontot ayam. Di akan sound tanpa ayat tapis-tapis.. "Weh, ko buang je lipstik tu. Teruk sangat dengan warna skin ko. Tak sesuai. Warna cekelat takdak ke". Walaupun sebelum ko pakai lipstik, ko dah survey dak-dak satu level ko, semua cakap "Ok jer", ""Hmm bolehla". Komen sambil tak tengok muka. Tapi ko faham pompuan kan, dia benda-benda jenis camni ko hanya perlukan confidence. Semuanya akan ok. Jadinya bila ditegur secara jujur tak sesuai kendian didesak lagi suruh buang warna lipstik tu. Ko memang akan ikut. Sebab ko tahu, memang hauk muka ko ketika itu.
Banyak lagilah contoh. Kekadang ko rasa stress dan bengang dengan member group ko. Jangan lah sesekali cerita dekat rakan pompuan lain. Tapi ko cerita ngan dia. Tapi kena ugut dulu, "ko cerita kat orang, siap!". Hahah. Dia akan simpan cerita ko, dan yang lagi best. Dia akan jadi pendengar yang sangat baik. Dan jarang bagi nasihat cuma dia akan beri lebih prihatin kat ko. Tanya dah makan ke, ko ok ke.. almost tiap2 hari. Sampailah ko dah ok dengan kawan pompuan yang ada masalah dengan ko. Hmm.
Antara perangai lelaki lembut ni yang aku suka dan adore. Selain daripada kerjanya kemas. Dia juga seorang yang pembersih dan cerewet. Kuat membebel. Astaga. Aku selalu sound member aku ni "wehh agak2lah ko membebel macam siren keretapi tau tak,tak berhenti kalah mak aku". Dan orang lembut ni idea dia memang banyak tau nak balas balik "Ehh suka atilah mulut aku. Ko ingat mak ko jer manusia yang suka bebel!". Gaya percakapan memang kasar dan straight to the point. Sebab tu bila aku baca cerita dari Lily, aku memang akui itulah karektor lelaki lembut.
Bagi aku lelaki lembut penampilan dia lebih kepada metroseksual. Top to toe. Cantik dan kemas. Ada identiti dan auranya sendiri. Walaupun jarang dengar hobi lelaki lembut ni masuk gym atau berjogging tapi jenis suka jaga badan dengan mengambil makanan berkhasiat. Risau jadi obesiti aku rasa.
Jadinya bila orang cakap lelaki lembut tu pondan. Aku rasa silap. Pondan, mak nyah dan bapok ni kategori menyerupai terus perempuan. Contoh terdekat Sajat kot. Yang memang tak nak langsung pakai nama ada bin. Dan nafsu dia ke arah menyukai lelaki terlalu lampau.
Aku rasalah. Apapun, seronok sebenarnya bila ko berkawan dengan laki lembut. Ko takkan jadii hipokrit di depannya yang perlu acah-acah ko perempuan bagus serba-serbi. Khen ishh
In case korang nak baca penulisan Lily tentang suaminya yang lembut. Boleh klik pada link di bawah yerp :-)
Part 1 : Suamiku Si Lembut - IIUM Confessions
Heheh. Selamat membaca!
