5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka- Melaka dikenali sebagai bandar bersejarah. Bandar kecil yang masih cantik dan kita boleh melihat peninggalan sejarah seperti senjata peperangan meriam, kubu pertahanan, bangunan lama dan pelbagai lagi. Bercuti di Melaka memang tidak akan puas jika hanya datang satu hari sahaja. Ini kerana di Melaka terdapat banyak lokasi yang menarik dan boleh diterjah bersama keluarga.
1. Menara Taming Sari
Antara menajdi kebanggan warga Melaka adalah kewujudan Menara Taming Sari. Untuk pengetahuan semua, menara yang dihasilkan daripada teknologi Swiss membolehkan anda untuk melihat keindahan kota Melaka dari atas (tempat tinggi).
Gambar dari Google
Jika ke sini kita tidak perlu menunggu lama. Ini adalah kerana Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat dalam satu masa. Dan masa yang diperuntukkan ketika berada diatas juga sangat singkat iaitu selama 7 minit sahaja.
2. Encore Melaka
Dewan yang besar dengan keunikan pada rekabentuk bangunan yang sangat cantik dan estetik. Di sini telah diadakan persembahan budaya bertaraf dunia. Kebiasaannya persembahan didatangkan dengan lebih 200 penari yang terlibat berusia dari 9 tahun sehinggalah usia lebih 60 tahun.Rekaan bangunan cantik ini merupakan hasil tangan arkitek dari negara China. Ramai juga yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk berOOTD.
3. Melaka River Cruise
Jika di negara Rome cukup popular dengan river cruise, begitu juga dengan Melaka. Bot sederhana besar yang akan membawa penumpangnya menyusuri sungai di tengah bandar Melaka selama 45 minit lamanya.
Gambar dari Google
4. Stadthuys Melaka
Bangunan The Stadthuys bermwana merah menyala merupakan bangunan town hall Belanda. Dikatakan selepas Belanda kalahkan Portugis pada 1641 (lebih 370 tahun dulu), askar-askar Belanda telah membina bangunan ini bagi membolehkan mereka mentadbir. Stadthuys juga dikenali sebagai Red Square dan juga Dutch Square.
Gambar dari Google
Jika dulu tempat ini merupakan kawasan pentadbiran tetapi kini ianya merupakan tempat berkumpul abang-abang beca. Pada hari ini bangunan pentadbiran Stadthuys ini sudahpun ditukar menjadi Muzium Sejarah dan Ethnography. Didalamnya juga ada 4 muzium mini lain. Kita juga boleh mendapatkan barangan cenderamata seperti keychain, topi, t-shirt dan pelbagai lagi.
Gambar dari Google
Gambar dari Google
Jom ke Melaka,
Kita hayati budaya,