Risiko Dijangkiti COVID Dapat Dikurangkan Dengan Memenuhi Keperluan Vitamin C dan D yang Cukup Untuk Tubuh Badan - Dalam situasi sekarang yang akan memasuki era endemik kita sebenarnya masih perlu hidup mengikut sepertimana SOP yang digariskan dari pihak kerajaan. Memakai pelitup muka, penjarakkan sosial, sentiasa sanitasi dan juga paling penting pengambilan makanan sihat serta suplemen yang boleh menambah ketahanan badan.
Tidak dinafikan,daya pertahanan tubuh yang kuat sangat penting. Salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin yang lengkap. Namun sayangnya, tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dan D. Oleh yang demikian kita perlu mengambil daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan tambahan.
Tidak dinafikan,daya pertahanan tubuh yang kuat sangat penting. Salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin yang lengkap. Namun sayangnya, tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dan D. Oleh yang demikian kita perlu mengambil daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan tambahan.
Pentingnya Suplemen Tambahan
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat. Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan.
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang di ambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.
Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Vitamin C digunakan di ICU
Menurut artikel yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini, kajian ini melibatkan penggunaan Vitamin C ke atas pesakit Covid-19 yang kritikal dan berada di ICU. Dan keputusan kajian ini agak memberangsangkan.14% dari kes-kes positif Covid-19 ini melibatkan acute lung injury (ALI) dan acute respiratory distress syndrome. Pencetusnya ialah lambakan cytokine atau cytokine storm dalam darah menyebabkan tekanan oksidatif yang melampau seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk.
Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID19 sebagai antioksidan yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan tisu paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.
Pesakit yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai. Mereka juga adalah perokok. Dari ujian tersebut, kumpulan yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan dan Sequential Organ Failure Assessment score yang lebih baik. Kesemua mereka diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan ditambah dengan Vitamin C. Keputusan kajian mendapati pesakit yang beri rawatan tambahan Vitamin C – 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan ketidakupayaan dan 14% meninggal dunia. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Vitamin C, 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan – bebas Covid-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.
Berdasarkan informasi ini, vitamin C telah digunakan dalam rawatan COVID-19 untuk pesakit yang mempunyai komplikasi radang paru-paru dan kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan vitamin C untuk perkara yang sama. Terdapat sebuah artikel yang diterbitkan oleh Chinese Journal of Infection Diseases, the Shanghai Medical Association yang memperakukan kegunaan intravena vitamin C untuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital.
Walaubagaimanapun, rawatan vitamin C bukan satu rawatan standard yang diiktiraf untuk Covid-19 buat masa ini. Kajian pengambilan intravena Vitamin C dalam dos yang tinggi masih lagi sedang diuji untuk mengetahui sama ada dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit Covid-19.
“Doktor dah nak tidurkan saya, tapi Alhamdulillah….” – Dj Najman Mohamed
En Najman, Kalau Boleh Jangan Tidur
Itu pesan doktor yang merawat apabila En Najman disahkan sudah berada di stage 5. Ya! Stage yang sangat kritikal waktu tu antara hidup dan mati. Kalau ditidurkan, kebarangkalian untuk bangun dan sihat semula sangat tipis.
Sedih. Risau. Takut. Diuji dengan kehilangan adik dan adik ipar. Manakala seisi keluarga pula disahkan positif. Diri sendiri hampir ditidurkan kerana keadaan paru-paru semakin kronik. Dada terasa sakit sangat pada hari ke 4 disahkan positif dan berada di stage 5 pada hari ke 7 dan 8. .
Alhamdulillah, dengan Ikhtiar berterusan dan tanpa putus asa, En Najman kembali sihat dan dah boleh bercakap dengan sangat bertenaga. Nikmat diberi peluang kedua ini adalah anugerah Allah yang sangat disyukuri.
Jom tonton perkongsian En Najman ini dan saksikan betapa jauh perbezaan sewaktu beliau mula-mula terlantar dan kini semakin sihat. Asbab berikhtiar dengan mengamalkan Cendawan Susu Harimau yang ada dalam Eskayvie Diffenz.
Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Vitamin C, Vitamin D, Buah Camu-Camu & Cendawan Susu Harimau yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.
Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah beri yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.
Kurangkan Risiko Dijangkiti COVID Dengan Keperluan Vitamin C dan D Yang Cukup
Di musim pandemik, daya pertahanan tubuh yang kuat sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin yang lengkap. Sayangnya, tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dan D. Oleh itu, kita perlu mengambil daripada sumber lain terutamanya daripada makanan harian atau makanan tambahan.Vitamin C sangat penting untuk kekuatan daya pertahanan tubuh. Kekurangan vitamin C mengakibatkan manusia mudah dijangkiti pelbagai penyakit akibat daripada sistem imun yang lemah. Walaupun vitamin C ini mudah didapati melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau, cili, bayam, strawberi dan brokoli. Tetapi, hanya 10% sahaja yang dapat diserap oleh badan. Ini adalah kerana badan kita tidak boleh menghasilkan dan menyimpan vitamin C.
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.
Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati hanya daripada 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah beri yang enak dan paling penting ianya boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.
Keterangan Lanjut dan Pembelian
Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 untuk maklumat lanjut.Website:www.diffenz.com
Facebook:https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram:
#KitaIkhtiar
#KitaJagaKita
