Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Butik Bob Rock Lovelily Kini Telah Beroperasi Mengikut SOP

$
0
0
Butik Bob Rock Lovelily Kini Telah Beroperasi Mengikut SOP- Saya percaya ramai wanita/isteri di luar sana sedang menantikan tentang berita ini - "Pembukaan Kembali Butik Bobrock!". Maklumlah nak dapatkan pakaian baru buat suami ataupun si dia yang dikasihi. Seperti yang kita maklum Butik Bob Rock Lovelily menawarkan pelbagai koleksi pakaian lelaki dan wanita plus size (bersaiz besar). 

Sesuai dengan tagline seperti yang diwar-warkan iaitu ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’ Di butik ini menawarkan variasi versatil koleksi pakaian kerja dan kasual dengan pelbagai rekaan ada ditawarkan.


Kedai fizikal terletak di Lot F-15 aras 1 PLAZA SHAH ALAM seksyen 9 Shah Alam. Saya sendiri seronok jika ke sini tau. Selain terdapat banyak kedai makan, kemudahan parking yang banyak juga memudahkan urusan.




Apa yang penting Butik Bob Rock Lovelily sentiasa mengambil berat terutama didalam isu kebersihan apatah lagi di zaman covid. Butik akan sentiasa dibersihkan dan disanitasi. Selain itu, pihak pengurusan juga memandang serius terhadap pematuhan SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara aspek keselamatan yang perlu korang patuhi kita mengunjungi Butik Bob Rock  Lovelily ini seperti:-

  • Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis
  • Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai
  • Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan
  • Mejaga jarak antara satu sama yang lain

Hanya staff yang mencukupi dua dos sahaja yang dibenarkan bekerja ya!


Koleksi Baju Baru dan Mendapat Permintaan
Jenama Bob Rock sememangnya cukup terkenal dengan koleksi kemejanya yang cantik seperti Bahamas. Material, corak dan rekaannya memang memberi kepuasan kepada pengguna yang bersaiz plus size (berbadan besar). Dan yang terkini Bob Rock telah membawa kembali t-shirt bercorak. Serius! Corak yang memang simple dan menarik perhatian (eye catchy).


T-shirt yang boleh kita guna setiap hari ataupun ketika melakukan aktivit santai. Paling penting material yang digunakan memang selesa terutama buat mereka yang plus size (berbadan besar) dan mudah berpeluh (apatah keadaan Malaysia yang cuacanya agak panas sekarang ini).

Ada 4 corak semuanya. Korang boleh pilih mana yang berkenan :-)

Hanya 3 saiz sahaja ditawarkan iaitu 2XL, 4XL dan 6XL.

Close up cetakan corak di baju. Not bad kan!

Bukan sahaja corak di bahagian depan, bahkan ada juga corak di belakang baju dengan saiz yang lebih kecil.

Blogger Maha menggayakan dengan salah satu koleksi t-shirt Bobrock. Maha pakai saiz 2XL. Sedang elok saiznya dengan Maha, terletak cantik di badannya.


Bobrock Kini Ada di Shopee


Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Butik fizikal di Shah Alam. Jangan risau korang boleh dapatkan pakaian Bob Rock Lovelily di Shopee. Korang boleh dapatkan semua koleksi pakaian dari Bob Rock Lovelily di sini.




https://www.bobrocklovelily.com.my

Membeli-belah secara atas talian samada di Shopee atau laman web Bob Rock Lovelily memang memudahkan. Apatah lagi semuanya boleh diselesaikan hanya di hujung jari. Oh ya! Pembelian melalui laman web juga ada tawaran menarik menerusi promosi yang diberikan masa ke semasa. Jadi jangan lepaskan peluang ini tau!

Saya turut menggayakan t-shirt baru Bob Rock!

Happy me - Happy seorang isteri,
Dapat shopping di Bob Rock dan Lovelily,
Belikan sesuatu buat si suami :-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935