Chef termuda dalam rancangan MAN VS CHILD:CHEF SHOWDOWN, Estie Kung yang berusia tujuh tahun (pada masa itu), telah menyediakan ayam goreng Korea dengan mayonis kimchi dan “gochujang gastrique” (sos pekat gochujang). Seorang yang matang berbanding usianya, Kung yang mempunyai darah campuran Cina dan telah mula memasak sejak berusia tiga tahun. Dan beliau akan mengunjungi Asia sebagai sebahagian daripada jelajah promosi sempena pelancaran rancangan ini di saluran Astro Lifetime.
Dihoskan oleh chef dan personaliti televisyen, Adam Gertler, siri yang sebanyak 13 episod ini menampilkan lima orang kanak-kanak yang berkebolehan besar dalam bidang masakan - Estie (8), Dylan (11), Emmalee (12), Cloyce (13) dan Holden (14). Mereka akan bersaing dengan chef berkaliber yang berbeza setiap minggu untuk membuktikan kehebatan mereka.
Setiap episod terdiri daripada tiga pusingan memasak yang menguji keupayaan dan penguasaan para peserta di dapur, daripada membuat sosej buatan sendiri sehinggalah menghidangkan telur dadar yang paling sempurna. Bagi setiap cabaran, peserta kanak-kanak akan mencalonkan seorang ahli kumpulan untuk bersaing dengan chef pakar. Dalam dua pusingan pertama, juri tetap dan pengulas (Mike Isabella chef dan pemilik restoran dan Alia Zaine chef peribadi bagi bintang-bintang terkenal) akan merasai hidangan-hidangan ini untuk menentukan chef mana yang berjaya mencipta hidangan paling sedap dengan daya cipta yang tinggi.
Pemenang setiap dua pusingan terawal akan diberikan kelebihan dalam pusingan seterusnya, termasuklah dapat menghalang pesaing daripada merasai hidangan mereka sewaktu penyediaannya, dan mengarahkan pesaing untuk berehat selama 10 minit dalam tempoh waktu memasak yang telah ditetapkan. Pusingan akhir akan melibatkan “blind test” oleh chef terkemuka dunia seperti Hubert Keller dan Ludo Lefebvre yang seterusnya akan menentukan juara keseluruhan – sama ada chef-chef profesional atau peserta-peserta chef cilik.
Saya sendiri sempat melihat aksi Chef Estie Kung menunjukkan demo masakannya di Sunway Piramid baru-baru ini..
Memang gaya bersahaja...
Seperti seorang tukang masak yang sangat pro!
Bayangkan Azura juga kagum dengan cara memasak Estie!!
Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsi oleh Chef Estie...
Sentuhan terakhir!
Siap :)
My Ameer yang begitu seronok berada di sini..
Estie Kung dan hidangan masakannya...
Estie juga diberikan beberapa cabaran untuk menikmati hidangan popular di Malaysia. Dan dalam banyak masakan yang diberi Estie paling gemari nasi lemak!
Hebat, suka makan pedas agaknya adik cilik yang berbakat besar ini :)
Jangan lupa tonton tayangan perdana rancangan ini pada 26 Januari 2016, 7 malam dan 10 malam di saluran Astro Lifetime ya!
