Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Motif Gantung Anak Patung Di Bahagian Bawah Belakang Kereta

$
0
0
Motif Gantung Anak Patung Di Bahagian Bawah Belakang Kereta- Baca tajuk entri ni bunyinya macam kompleks jer kan. HAHAHAHAHAH. Kebetulan scroll FB Dedet hari ini, beliau telah menaikkan satu status mengenai gantung patung di bahagian bawah belakang kereta (berdekatan tayar belakang). Kalau korang perasan, banyak juga kita nampakkan kenderaan yang ada lakukan seperti ini. Terutama lori, hehehehe.

Menurut Dedet, gantung permainan ini sebenarnya dimulakan oleh pemandu teksi di Thailand. Di mana katanya untuk mengelak gangguan halus terutama roh dikalangan budak-budka kecil.


Tapi ini adalah kenyataan dan kepercayaan. Tidak semua bangsa mempunyai kepercayaan yang sama. Terutama untuk orang islam, ianya macam jatuh seperti syirik.

Hasil carian saya, tedapat beberapa andaian mengapa orang gantung anak patung di bawah kereta, antaranya seperti:-

Punyai Maksud Tersirat


Untuk sesetengah negara ianya membawa maksud LUMBA. Samada 'jom kita lumba', 'mari kita berlumba' dan sebagainya. Di Jepun dikatakan dengan meletakkan patung ini membawa maksud pemilik kenderaan adalah peminat sukan perlumbaan kereta. Meletakkan pantung di bawah seumpama mengibarkan bendera.  Di Amerika Syarikat (AS), meletakkan patung hanya sebagai tarikan untuk orang lain melihat kepada kenderaan dipandu. 


Dan ada juga dikatakan  untuk menunjukkan betapa lowered kereta seseorang pemandu itu. Sebuah kereta akan nampak lowered jika pemiliknya menggantung patung berkaki kontot/pendek dengan tali ikat yang juga agak pendek.


Cara Menghormati Roh Mangsa

Satu kepercayaan dari masyarakat Thailand sebenarnya. Dengan meletakkan patung di bawah kereta dikatakan sebagai tangkal bagi mengelakkan kejadian buruk. Ini terutama jika melalui kawasan jalan raya yang pernah dan selalu berlakunya kemalangan.





Bukti Anda Seorang Drifter
Katanya patung tergantung bermula di Jepun dari perlumbaan drift di sana. Patung akan digantung pada cangkuk di belakang kereta yang dipandu oleh pelumba kereya dan dikatakan ianya dapat memberi tuah.



Hasil dari cariaan ada artikel juga berkongsikan tentang karektor patung yang sering digunakan di kereta pelumba  adalah Domo-Kun. Ianya adalah maskot untuk syarikat penyiaran NHK. Domo ni digambarkan sebagai seekor makhluk yang mempunyai mulut yang besar dan begigi gergaji.


Dikatakan juga trend gantung patung ini bermula dari geng Bosozoku. Untuk pengetahuan semua “Bosozoku” adalah geng-geng Motor di Jepun. Mereka juga dikenali sebagai ‘kaminari zoku’ .
Bosozoku biasanya akan menggantung baldi timah kecil di cangkuk tunda belakang bumper ala-ala boleh berlagak tentang betapa rendahnya kereta mereka. Fuhhh.

Apapun.. kalau setakat gantung takde kepercayaan OK kot. Tapi saya sendiri... sedih dan kesian pulak tengok patung tergantung macam tu. Cam penderaan pada mata yang melihat. Adoihai...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936