Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Review Siri Di Netflix : Maid

$
0
0
Siri esklusif terbaru di Netflix bertajuk Maid yang mempunyai hanya 10 episod. Jalan cerita yang sangat menarik dan dapat memberi pengajaran terutama wanita di luar sana. Mengisahkan Alex (Margaret Qualley) yang  memberanikan dirinya lari dari rumah bersama anak perempuannya Maddy (Rylea Nevaeh Whittet) yang baru berusia 2 tahun. Ini kerana beliau sudah tidak tahan tinggal bersama partner (macam suami tapi tidak berkahwin) iaitu Sean (Nick Robinson).

Sean bukanlah seorang lelaki yang jahat atau pendera cuma dia kaki botol dan adakalanya tindakannya boleh menyebabkan kecederaan.  Alex yang merasakan beliau perlu berubah demi anaknya telah bernekad untuk keluar dalam perhubungan yang toksik tersebut. Dan Sean juga tidak berputus asa untuk merawat dirinya dan pada masa yang sama cuba untuk mendapatkan anaknya kembali.

Di sini bermulalah beliau cuba mendapat tempat di rumah perlindungan, mencari rumah bantuan kerajaan, mencari kerja, memohon segala bantuan dari Kerajaan dan pelbagai lagi. Pada masa yang sama Alex perlu berhadapan dengan masalah ibunya Paula (Andie MacDowell, ibu sebenar Alex dalam dunia realiti). Paula mengalami masalah bipolar disodar yang terlalu obses dengan cinta lelaki, mahu menjadi gipsi dan kehidupannya yang terumbang-ambing.

Alex juga mempunyai masalah dendam dengan ayah kandungnya Hank (Billy Burke) yang kini sudah hidup bahagia dan mempunyai keluarga baru. Di mana kita akan tahu akhirnya sebab mengapa ibunya membawa  Alex lari ketika dia masih kecil.

Dengan tiada kelulusan dan pengalaman, akhirnya pegawai kebajikan yang beliau dapatkan khidmat nasihat telah mencadangkan untuk bekerja sebagai 'maid'. Sebenarnya Alex ini mempunyai minat dan berbakat menulis. Beliau pernah memasuki kolej untuk penulisan kreatif dan berhenti separuh jalan (akibat desakan hidup). 

Plot semakin menarik apabila Alex ini cuba menempatkan anaknya Maddy di pusat asuhan terbaik dan pada masa yang sama beliau telah dibuang kerja dari Value Maid. Namun sepanjang menjadi maid (membersihkan rumah orang) pelbagai jenis manusia Alex jumpa dan salah seorangnya adalah Regina (Anika Noni Rose) seorang peguam yang berjaya dan mempunyai kehidupan mewah sepertimana semua wanita inginkan.

Alex wanita polos  yang sangat jujur, beliau bersemangat untuk kehidupan yang lebih baik demi anaknya. Walaupun sentiasa kehebisan duit, Alex tetap akan bersungguh mencari duit demi anaknya. Dan siapa sangka, apa yang Alex inginkan dapat direalisasikan di pengakhiran cerita. Ini korang kena tengoklah apa yang Alex impikan sejak dulu lagi.

Banyak pengajaran sebenarnya cerita MAID ini. Antaranya kita kena jadi perempuan yang mempunyai kelulusan dan boleh bangkit sendiri jika ada masalah. Melihat pada Alex, yang walau susah macamanapun beliau tidak pernah meninggalkan anaknya. Dia sesekali tidak mahu anaknya melalui kehidupan seperti ketika dia masih kecil. 

Melalui cerita  MAID juga kita akan tahu betapa banyak sebenarnya kerajaan di UK memperuntukan bantuan kepada rakyatnya jika mempunyai masalah. Contohnya rumah perlindungan, bantuan groceries, bantuan sewaan rumah, rumah kerajaan dan pelbagai lagi. Kita akan dapat lihat bagaimana Alex telah melalui 9 kali perpindahan dan 2 kali masuk ke rumah perlindungan.

Tapi saya cukup suka dengan cara Alex ini mengatasi masalahnya dengan bangkit dan berusaha menjadi yang terbaik  untuk anaknya, Maddy.

Cerita sarat dengan emosi dan agak berat! Tapi berbaloi menontonnya untuk 10 episod.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936