Strategi Sihat bersama C2Joy, Noraniza Idris Ingin Membawa Seni Budaya Malaysia Ke Peringkat Lebih Tinggi- Sudah lama saya tidak mendengar berita tentang artis yang cukup dikenali dalam irama Malaysia iaitu Noraniza Idris. Dan saya berkesempatan menemui beliau dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman kolaborasi strategik sihat dan budaya antara syarikat diterajui beliau (Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd) bersama C2JOY (M) Sdn Bhd.
Pelbagai program bakal diadakan hasil usahasama antara Strategi Sihat & Seni Budaya sebagai inisiatif bagi membangunkan kesedaran terhadap pentingnya kesihatan dan juga seni serta budaya dalam menyatupadukan masyarakat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Bahkan diharapkan melalui kolaborasi ini dapat diperkembangkan bukan sahaja pada peringkat tempatan bahkan antarabangsa.
Antara pelan strategik hasil gabungan C2Joy dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti:-
- Meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan tubuh badan melalui kepenggunaan Susu Kolostrum C2Joy dengan penglibatan aktiviti seni budaya yang dianjurkan oleh NIPV.
- Memartabatkan Warisan & Seni Budaya melalui acara dan program yang dianjurkan oleh NIPV dimana C2Joy berpereranan sebagai rakan rasmi program-program tersebut.
- Kesedaran terhadap Program Keusahawanan Wanita untuk menggalakkan dan juga memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktivti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah melalui platform Kolaborasi C2Joy & NPV.
- Menarik minat belia & anak-anak dalam pengkibatan program Kesenian sekaligus menjana kesihatan sekaligus akan lebih berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa melalui platform C2Joy & NIPV.
Syabas C2Joy dan NIPV atas kolobarasi yang hebat ini!