Al-Hamra Integrated School telah memperkenalkan konsep integrasi secara holistik didalam sistem pendidikan mereka (Integrated Holistic Education System - IHES). Untuk pengetahuan semua Sistem pembelajaran secara integrasi holistik adalah proses pendidikan yang mengintegrasikan segala aspek dan nilai-nilai dalam pembelajaran seperti nilai moral, keagamaan, psikologi, falsafah dan sosial yang dilakukan secara menyeluruh ke dalam jiwa anak-anak.
Di mana pendekatan ini bertujuan bagi mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang dapat merangsangkan anak-anak kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Secara tidak langsung pendekatan ini membolehkan untuk anak-anak berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajarkan.
Pendidikan didalam IHES bukan hanya memberi fokus kepada pembelajaran berasaskan peperiksaan semata bahkan turut mengambil berat didalam mengimbagi pembelajaran berasaskan output yang komprenhensif. Terutama didalam melahirkan generasi yang celik Al-Quran, bukan hanya boleh membaca dan menghafaz tapi pada masa yang sama mampu memahami apa yang diperjelaskan didalam kitab Al-Quran.
Menawarkan Silabus Pembelajaran Kebangsaan dan Antarabangsa
Penentuan kelas di Al-Hamra Integrated School adalah bergantung kepada keupayaan pelajar menerusi penilaian yang dilakukan oleh pihak sekolah. Ini bermakna tidak semestinya pelajar itu berusia 7 tahun akan dimasukkan ke dalam tahun 1, ianya mungkin akan berada pada tahun 3 (contoh). Untuk pentaksiran ianya akan berdasarkan penilaian yang ditetapkan oleh pihak Cambridge (Cambridge Assesment International Education). Dan Al-Hamra turut menawarkan peperiksaan IGCSE dan juga SPM untuk pelajar mereka (bergantung kepada kehendak dan keperluan pelajar itu sendiri).
Kelas bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 4 petang. Untuk Al-Hamra Integrated School akan diadakan dua jenis kelas samada fizikal (datang ke sekolah) ataupun secara atas talian. Dan setiap minggu pelajar dan staff Al-Hamra Integrated School akan membuat ujian saringan Covid bagi memastikan semuanya bebas daripada virus tersebut. Ini bagi memastikan ke semua pelajar dapat belajar dengan tenang dalam persekitaran yang selamat.
Suasana Kelas Yang Kondusif dengan Fasiliti Yang Hebat
Apabila anak dapat belajar didalam keadaan yang sangat selesa, pastinya mereka boleh fokus dan senang untuk memahami apa yang dikongsikan oleh guru. Apatah lagi dengan adanya pelbagai fasiliti terbaik dan alatan bantuan belajar memudahkan proses pembelajaran.
Di setiap aras bangunan sekolah disediakan bilik air dan juga tempat mengambil wuduk. Ini bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk sentiasa bersiap sedia apabila waktu solat. Begitu juga dengan rak kasut dan juga locker (tempat penyimpanan barang pelajar). Jadi setiap hari pelajar tidak perlu membawa semua buku ke rumah ataupun datang ke sekolah. Sekaligus tidak membebankan pelajar yang perlu membawa buku-buku yang berat.
Locker pelajar
Rak kasut
Terdapat juga bilik komputer, perpustakaan, makmal dan surau untuk kegunaan pembelajaran guru serta pelajar. Setiap guru boleh membuat tempahan penggunaannya mengikut keperluan kelas yang diajar.
Bilik komputer
Makmal
Mini perpustakaan
Komputer di perpustakaan
Surau
Bilik pembelajaran di perpustakaan
Ruang aktivti
Peringkat Pembelajaran di Al-Hamra Integrated School
Terdapat 3 peringkat kelas di Al-Hamra Integrated School iaitu:-
- Pendidikan Awal/pra-sekolah (early years)
- Sekolah Rendah (Primary School)
- Sekolah Menengan (Secondary School)
Pembelajaran pra-sekolah
Pembelajaran sekolah rendah
Kelas pembelajaran atas (pelajar di bilik komputer)
![]()
Pembelajaran Mengikut Norma Baru
Buat masa ini semua makanan kepada pelajar akan dihantar ke kelas masing-masing (pada waktu makan). Ini bagi mengelakkan terlalu banyak pergerakan pelajar dan juga duduk berkumpulan yang besar.
Ruang makan
Tempat membasuh tangan
Nmaun begitu di Al-Hamra Integrated School mempunyai cafe yang cukup selesa dan terdapat juga ruang untuk pembelajaran pelajar yang mengambil kursus/kelas memasak.
Uniform rasmi pelajar Al-Hamra Integrated School
Ko-Kurikulum Berorientasikan Sunnah
Di Al-Hamra Integrated School ditawarkan 3 jenis akiviti ko-kurikulum iaitu renang (tahun 1 - tahun 3) dan diwajibkan setiap pelajar menyertai seni pertahanan diri silat. Selain itu terdapat juga aktiviti memanah dan menunggang kuda.
Ko-Kurikulum Tambahan Berasaskan STEAM
Turut ditawakna kelas memasak, robotik, pembelajaran pengaturcaraan (coding) dan pelabagai lagi.
Pendaftaran Di Al-Hamra Integrated School
Pendaftaran pelajar dibuka pada bila-bila masa. Namun secara rasmi ada 2 kali pendaftaran utama iaitu pada bulan Julai dan Disember.
Saya paling suka dengan salah satu mural disini iaitu gambaran lukisan dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad. Melihat pada gambar kita akan tahu setiap cerita hebat tentang Nabi, contohnya Nabi Nuh kisah tentang kapalnya, Nabi Sulaiman yang boleh berkomunikasi haiwan dan lain-lain.
Sempat merakam kenangan bersama mural dengan lukisan yang sangat indah (kisah nabi-nabi).
Berpeluang menghantar anak untuk menerima pendidikan di Al-Hamra Integrated School adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi. Bukan sahaja anak-anak akan dididik, dibantu serta dibentuk dengan pendidikan duniawi bahkan untuk akhirat juga. Mempersiapkan anak-anak menjadi generasi yang bersedia menjadi pemimpin dan khalifah di muka bumi.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran:
Al-Hamra Integrated School
Encorp Strand Garden Office
Blok A , A-GF, No 12,
Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor
+60326308010
Laman Web: Al-Hamra Integrated School (alhamra.edu.my)
#alhamra
#ahis
#futurechampions
#futureready
#holisticeducation
#islamicschool
#internationalschool
#preschool
#primaryschool
#secondaryschool
