Kasut Sekolah Pallas, Selesa Dipakai Sepanjang Masa- Memilih yang lebih selesa itu adalah semestinya. Biarpun ianya kasut yang hanya dipakai di kaki. Tapi jika ianya selesa membolehkan kita bergerak lebih jauh lagi. Dan apabila anak-anak sudah kembali ke sekolah antara kelengkapan persekolahan yang WAJIB disediakan tentulah kasut!
Seperti tahun sebelum ini saya memilih kasut jenama PALLAS. Jenama yang dipercayai bergenerasi lamanya. Antara faktor utama kenapa saya memilih kasut sekolah jenama PALLAS untuk anak saya kerana beri rasa SELESA terutama buat anak-anak yang sedang membesar.
Seperti yang kita maklum keSELESAan sangat penting untuk anak-anak yang membesar, begitu juga dengan kakinya semakin hari akan memanjang. Jadi pemilihan rekaan kasut mengikut bentuk kaki juga perlu diambil kira.
Untuk Afiq berusia 14 tahun, anak lelaki yang sangat 'imple' orangnya. Biarpun begitu beliau suka bergaya minimalis sesuai sebagai seorang anak remaja lelaki yang sedang meningkat dewasa.
Dan saya memilih kasut PALLAS JAZZ.
Manakala di bahagian luar iaitu di bahagian tapak adalah 'rubber outsole' jadi ianya memberi lebih cengkaman yang baik (better grip).
Nampak kasut ini berat tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan
Cantik dan kemas, mudah dibersihkan.
Manakala Amani, seorang anak perempuan yang aktif memang sangat lasak. Beliau memang banyak menyertai latihan bola jaring di sekolah dan kerap menyertai acara olahraga.
Praktikal dan sangat mudah memakainya. Permukaan kasut dengan memberikan ciri-ciri pengudaraan yang lebih bagus (bagus untuk pengudaraan kaki) dan bila dicuci/basah memang cepat kering.
Keselesaan di bahagian dalam yang dapat memebri kepuasan kepada pengguna. Dengan adanya cushion insole bersama "Arch Support" (sokongan gerbang kaki).
Tapak kasut agak tebal, terbaik dari segi keselamatan tapak kaki.
Kemas! Sesuai untuk anak-anak perempuan yang aktif :-)
Boleh dapatkan kasut sekolah PALLAS daripada laman web
