Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

TopzMall Platform E-Dagang Tanpa Sempadan

$
0
0
Baru-baru ini saya telah menghadiri ke majlis pelancaran  "2022 CNY Goods Campaign" yang telah diadakan di Hotel Sunway Resort Selangor. Memang terasa begitu kemeriahannya apatah lagi pelancaran ini turut dihadiri rakan strategik TopzMall yang sama-sama mempromosi produk mereka melalui pembukaan booth mereka di sana.

Duta Untuk Kempen TopzMall Tahun Baru Cina

Dari kiri: Chef Selebriti Ivan, CEO TopzMall Mr Calvert Choo dan  
Duta Kempen TopzMall Tahun Baru Cina Ms. Jeryl Lee 

Di majlis pelancaran ini j uga turut diumumkan secara rasmi perlantikan Jeryl Lee Pai Ling sebagai duta (ambassador) kempen. Di mana Jeryl akan bersama-sama mempromosikan produk budaya Malaysia bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan dengan target untuk menembusi pasaran antarabangsa. 


Sedikit Pengenalan Tentang TopzMall
TopzMall mula diperkenalkan pada tahun 2020 di Malaysia. Pada awalnya di bawah TopzMall hanya syarikat dan usahawan kecil dari negara-negara Asia Tenggara.  Platform TopzMall semakin kukuh  dengan pelbagai program e-dagang yang secara tidak langsung mencapai target jualan serta meningkatnya segmen pasaran.

Dari kiri: Mr Ivan Tan, Ms Shirley, Mr. Ahmad Salman bin Ahmad Fua'ad, Madam Carol Fung, 
Mr. Calvert Choo, Ms Jeryl Lee, Datuk Ringo Low, Mr. Simon Wong

Tidak hairanlah dengan strategi yang hebat TopzMall berjaya mencapai jualan RM16 Juta pada tahun lepas (2020) dan telah mendapat sokongan yang padu dari jenama-jenama yang berprestij. Dengan pencapaian yang konsisten, TopzMall pasti akan menjadi salah sebuah platform membeli-belah atas talian yang terbesar di Asia satu hari nanti.

Apa yang menarik tentang TopzMall?
TopzMall menawarkan pelbagai strategi jualan dan latihan, termasuklah latihan penjualan, video promosi, mempertengahkan produk dan penggunaan medium sosial media bagi meluaskan pasaran sehingga ke pringkat antarabangsa. Dan juga mengadakan program latihan khas untuk usahawan yang menyertai TopzMall.

Happy me dapat mengenali TopzMall dengan lebih dekat lagi :-)

Melalui TopzMall, usahawan akan menikmati servis konten  kreatif secara percuma dan berpeluang mempromosi produk mereka dengan meluas lagi. Pasaran niaga di TopzMall juga membuka peluang usahawan untuk memperkenalkan produk mereka ke negara China, Vietnam dan juga Filipna.

Selain itu TopzMall juga mendapat kerjasama daripada Malaysian Digital economy Corporation (MDEC) dan Selangor Information Tecchnology & Digital Economy Corporation (SIDEC) yang sememangnya sangat menggalakkan syarikat SME menyertai TopzMall dalam usaha mempromosi produk mereka  dalam saluran digital. 

Antara Usahawan/Syarikat Yang Menyertai TopzMall
Saya berkesempatan mendekati usahawan/syarikat yang menyertai platform TopzMall ketika menghadiri majlis pelancaran "2022 CNY Goods Campaign". Sememangnya produk dan servis yang ditawarkan memang terbaik dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. 


Aik Cheong

Insight

Lovemoment Florist

De'Only

Jorayc Basic

Afterday

psang.co

KeenOn

Dan pelbagai lagi. Memang ke semua syarikat/usahawan yang bersama-sama TopzMall mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Saya sempat meninggalkan tandatanagn sebagai tanda kenangan di board besar yang disediakan

Pelancaran TopzMall

Jom join TopzMall ❤️

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai TopzMall bolehlah hubungi melalui:-

Email : info@topzmall.com
Laman web : www.topzmall.com
Instagram: @TopzMall

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933