Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Produk Terbaru PIGEON Khas Buat Bayi Baru Lahir

$
0
0
Jenama PIGEON yang berasal dari Jepun ini sememangnya sudah gah 40 tahun lamanya berada di pasaran. Atas pengalaman selama 40 tahun, PIGEON tahun ini telah melancarkan satu lagi siri penjagaan terbaru khas buat bayi yang baru lahir.

Produk penjagaan bayi ini dihasilkan melalui penyelidikan inovasi teknologi dari saintis terbaik di dunia. Menggunakan formula Natulayer yang memberi 2 lapisan perlindungan dan juga bertindak sebagai pelembap sekaligus produk ini mampu memberi keselesaan kepada kulit bayi yang baru lahir.

Nota: Natulayer - bahan yang diekstrakkan dari Vernix dan Ceramide (yang berfungsi melembapkan kulit bayi agar tidak kering)

Paling penting produk ini mempunyai kesimbangan pH dan ianya telah diuji sesuai untuk semua jenis kulit. Bebas dari Paraben, Formaldehyde, Alkohol dan sebarang kandungan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Ketika di hari pelancaran, saya berkesempatan mendengar sendiri tentang "Permasalahan dan Penjagaan Kulit Bayi"yang disampaikan oleh Dr Leong Kin Fon (Paedetrik Dermotologi). Banyak informasi yang berguna, terutama tentang produk dan penjagaan  kulit yang betul buat bayi. Antaranya saya baru tahu yang kulit bayi sebenarnya 1/3 lebih nipis daripada kulit orang ewasa. Dan sebenarnya kulit mereka ini perlu dijaga rapi dan kita perlu pastikan yang kita telah dapatkan produk terbaik dan sesuai untuk mereka. Selain itu saya juga dapat belajar dan mengenali jenis-jenis masalah enzema yang semakin meningkat dikalangan kanak-kanak Malaysia mahupun di Asia sendiri.


Satu sesi forum Penjagaan Kulit Bayi turut diadakan diantara 3 panel terbaik iaitu Dr Leong Kin Fon, Dr Jezamine Lim dan Girish Giovanni. Dr. Jezamine khasnya seorang ibu muda yang sukses, memiliki 3 orang cahayamata dan beliau sempat berkongsi bagaimana beliau menguruskan kehidupan sehariannya bersama anak. Banyak tips yang berguna dan praktikal saya belajar dari Dr Jezamine. Apa yang penting sebagai ibu kita perlu tahu keadaan anak, sentiasa älert dan mengambil berat terutama produk yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Tetamu VIP di majlis pelancaran produk terbaru PIGEON :)

Comelnya anak ketiga  Harith Iskandar bersama Dr. Jezamine...
Wajah saling tak tumpah seperti ayahnya ;P

Bingkisan istimewa...

Siri penjagaan kulit terbaru dan terbaik dari PIGEON Malaysia...

opsss...yang comel ini "thumb drive"yang serba guna...
Comel gilaaaaaaaaaaaaa..
Apapun yang ini mummy punya ya!

Dan buat Ameerku yang tercinta....
Mummy hadiahkan set PIGEON yang berharga,,
Agar kulitmu sentiasa terpelihara...
Tidak sensitif bahkan lembut dan selesa....
Dengan harapan moga hari2 yang dilalui setiap masa...
Sentiasa sihat dan ceria!!

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.newbornpure.com.my

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935