Harqis Empire telah meraikan wakil jualan dan stokis cemerlang mereka di satu majlis Malam Perhargaan Harqis Empire 2021 yang cukup esklusif dan meriah. Majlis yang diadakan di Marriot Putrajaya ini dihadiri top leader, wakil jualan dan stokis dengan penuh bergaya mengikut tema Prom Night dengan busana warna perak (silver).
Puan Nur Saidatul Akmar merupakan pengasas Harqis Empire, seorang wanita besi yang suka berdikari, bekerja keras dan begitu meminati bidang perniagaan. Pada awalnya beliau merupakan stokis untuk satu jenama produk dan berjaya membuat jualan lebih 1 juta sebulan. Namun tanpa alasan yang kukuh beliau telah dibuang daripada menjadi stokis produk tersebut.
Bangkit daripada peristiwa tersebut Puan Akmar bersama suaminya Encik Muhammad Aswadi telah bangkit untuk membina jenama beliau sendiri iaitu Harqis Empire yang mana perkataan HARQIS itu sendiri adalah gabungan daripada nama dua anaknya iaitu Harraz dan Qistina. Bersama pasukan stokis yang lama beliau bersama-sama membangunkan jenama Harqis Empire agar lebih dikenali dan mendapat tempat dikalangan masyarakat temapatan mahupun antarabangsa.
Harqis Empire Mula Mencipta Nama
Mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, mencecah hampir RM16 juta pada tahun 2021. Harqis Empire telah dianugerahkan dengan The BrandLaureate SMEs BestBrands e-Branding (Emerging SMEs) Awards 2021 dan ini satu pencapaian yang cukup hebat!
Antara produk pertama yang dikeluarhan oleh HArqis Empire adalah XS PERFECT LOTION pada Ogos 2020 dan diikuti oleh XS PERFECT DRINKS MOCHA DAN LATTE pada Oktober 2020.
Selain itu Harqis Empire juga membri galakan kepada pelanggan mereka dengan menganjurkan weight loss challenge dan cabutan bertuah pada setiap bulan dengan menawarkan hadiah-hadiah lumayan.
Antara produk Harqis Rmpire terbaru yang boleh dicuba iaitu Luxury Cappucino.
Begitu juga dengan Strawberry Milkshake yang enak rasanya. Boleh menambahkan tenaga dan lebih energetik.
Majlis Malam Penghargaan Harqis Empire 2021
Meraikan mereka yang telah bersama-sama dengan Harqis Empire dan mencipta kejayaan yang cemerlang. Satu majlis malam penghargaan meraikan top leader, wkil jualan, stokis serta staff Harqis Empire HQ yang berdedikasi.
Puan Wan Rahilah Binti Wan Abdullah memenangi X50. Atas pencapaian jualan RM9,946,810.00.
Puan Nur Aiman binti Mat Alu mendapat ganjaran sebuah kereta Bezza dengan pencapaian jualan RM6,224,794.00
Turut diraikan Top Leader Terbaik dinilai daripada pelbagai kategori.
Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin untuk lebih sukses pada masa akan datang.
Kehadiran Artis Tempatan Popular Mewarnai Malam Penghargaan Penuh Makna.
Begitu juga dengan kehadiran Aina Abdul, penyanyi Malaysia yang semakin meningkat namanya. Menyampaikan lagu popular nyanyiannya menjadikan kemunculannya pada masa tersebut satu kejutan yang sangat istimewa.
Antara fighters Harqis Empire yang hadir ke majlis malam penghargaan. Selain daripada merakan diri sendiri serta rakan-rakan sepejuangan, majlis sepeti ini tentunya dapat mengeratkan lagi perhubungan antara fighters Harqis Empire.
Antara perancangan promosi 2022, Harqis Empire ingin keluarkan jingle mereka di era.fm dan mempunyai iklan di billboard highway. Untuk tahun 2021 sebenarnya jingle Harqis Empire sudahpun didengari di Suria.Fm.
Moga Harqis Empire terus sukses dan maju menjadi jenama produk kesihatan terbaik di Malaysia dan juga dunia!
Image may be NSFW.
Clik here to view.![]()
Image may be NSFW.
Clik here to view.
