Chewies ImmunoLicious Mengandungi Wellmune Yang Membantu Meningkatkan Imuniti Semulajadi Anak Saya- Di waktu pandemik ini memang sebagai ibu saya akan mengambil perhatian lebih penjagaan kesihatan terutama sistem imuniti badan anak-anak. Apatah lagi sekarang ini anak-anak sudahpun memulakan persekolahan secara bersemuka. Biarpun anak-anak ke sekolah perlu mengikut SOP seperti sentiasa menjaga kebersihan, perlu ada penjarakan dan memakai topeng muka (mask) tetapi kita masih bimbang tahap kebolehan badan anak-anak melawan virus sekiranya dijangkiti.
Dan sebab itu saya memberikan Chewies ImmunoLicious! Suplemen tambahan yang bukan sahaja halal sihat dan sedap bahkan bertindak sebagai wellmune penggalak semulajadi (natural booster) yang bertindak lebih baik daripada vitamin C.
Wellmune meningkatkan fungsi sistem imun semula jadi dengan menjadikan sel darah putih utama (khususnya dipanggil leukosit) lebih berupaya mencari dan membunuh patogen yang berpotensi.
Didatangkan dengan 3 perisa istimewa iaitu oren, mangga dan strawberi. Ketiga-tiga perisa buahan ini memang sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran anak-anak. Suplemen ini diformulasi dari bahan penggalak imun semulajadi serta mendapat sokongan KKM sebagai yis beta glucan (wellmune) yang dapat membantu meningkatkan imuniti.
Chewies ImmunoLicious Pilihan Anak-Anak Saya
Anak saya memang tiada masalah untuk mengambil suplemen apatah lagi Chewies Immunolicious. Rasanya enak dengan bentuknya juga agak menarik antara tarikan kenapa anak tidak pernah menolak untuk mengambil Chewies ImmunoLicious.
Dan saya sendiri begitu juga Ameer memang sukakan Chewies ImmunoLicious berperisa oren. Uniknya untuk Chewies ImmunoLicious oren ini ianya berbentuk gummies seperti seulas buah oren.
Apa yang penting apabila anak saya mula mengambil suplemen Chewies ImmunoLicious ini mereka jarang mengalami masalah kesihatan. Ini terutama penyakit demam, selsema dan batuk. Penyakit 3 serangkai yang sentiasa dihadapi oleh anak-anak yang sedang membesar.
Apabila anak-anak sihat dan ceria, mereka pastinya akan menjalani hidup secara aktif dan lebih seronok mengeksplorasi dunia kanak-kanak mereka dengan lebih berani dan bersemangat.
Keterangan lanjut mengenai Chewies ImmunoLicious boleh layari:-
Facebook : https://www.facebook.com/chewiesmy
Laman web: https://mychewies.ajrph.com/
