The Grand Oasis menyediakan tempat acara untuk meraikan sebarang majlis dalam suasana esklusif, mewah dengan dekorasinya yang sememangnya sangat astetik. Terletak di Seri Kembangan Selangor berdekatan dengan pelbagai kemudahan akses memudahkan tetamu untuk ke tempat acara - The Grand Oasis.
Foto dari FB The Grand Oasis
Dewan yang dapat memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir ini mempunyai keluasan ruang hampir 10,000 meter persegi, boleh memuatkan sehingga 44 meja buffet, dengan setiap satu meja hanya 8 orang pax sahaja.
Apa Yang Menarik Tentang The Grand Oasis
Selain daripada lokasinya yang agak strategik dan privasi. Dewan dua tingkat menawarkan 5 ruang yang boleh sewa untuk sebarang acara iaitu:-
✅GRAND BALLROOM
Foto dari FB The Grand Oasis
Dewan berkaca eksklusif dengan pemandangan sebelahnya di tepi tasik. Cantik dan luas, dipenuhi dengan kerusi dior mewah serta meja bulat atas bercermin.
Dekorasi didalam dewan memang tampil mewah menggunakan elemen lutsinar (cermin) dan dekorasi minimal yang astetik.
✅GARDEN WEDDING/LUAR DEWAN
Foto dari FB The Grand Oasis
Bagi yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman. The Grand Oasis turut menyediakan ruang di bahagian luar di kawasan rimbunan pokok-pokok kehijauan.
Foto dari FB The Grand Oasis
Begitu juga sebarang jalan yang ingin dilakukan di tempat terbuka seperti taman, segala fasiliti serta kemudahan ada ditawarkan oleh pihak The Grand Oasis.
✅ROOFTOP/RUANG ATAS
Foto dari FB The Grand Oasis
Boleh diadakan majlis lebih esklusif di atas bangunan dengan kemudahan meja, kerusi,lampu dan pelbagainya disediakan oleh pihak The Grand Oasis.
Foto dari FB The Grand Oasis
✅THE DECK
Foto dari FB The Grand Oasis
Salah satu di kawasan luar dewan dengan pemandangan dermaga yang cukup cantik.
✅RUANG NIKAH/BERTUNANG
Untuk acara yang lebih privasi yang hanya memerlukan lebih kurang 100 jemputan untuk acara seperti akad nikah, pertunangan dan sebagainya. Bolehlah menyewa di bahagian ruang atas di tingkat 1.
Di sini disediakan ruang acara akad nikah untuk bakal pengantin lelaki, saksi, tok kadi dan wali.
Begitu juga dengan mini pelamin yang sangat cantik dekorasinya. Pemilihan tema mengikut kesesuaian dan kehendak seperti yang diinginkan oleh pelanggan.
Terdapat juga meja santapan untuk tetamu yang hadir ke acara majlis.
Pelbagai Pakej Ditawarkan
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh The Grand Oasis. Daripada ruang acara, kerusi meja buffet, pelamin, dekorasi, fasiliti dan hidangan. Dengan adanya pakej seperti ini bukan sahaja memudahkan perancangan perjalanan majlis/acara yang dingin dijalankan. Bahkan pada masa yang sama The Grand Oasis turut menawarkan diskaun hebat mengikut pakej dan bilangan pax yang ditempah.
Antara pakej yang ditawarkan seperti :-
- Pakej Diamond - Main Ballroom
- Pakej Sappire - Main Ballroom
- Pakej Emerald - Main Ballroom
- Pakej Crystal - Main Ballroom
- Pakej Akad Nikah
- Pakej Akikah
- Pakej Outdoor Garden
- Pakej Rooftop
Natara hidangan dari katering yang telah saya cuba dan ke semuanya memang sedap dan menyelerakan. antaranya seperti :-
Nasi Pandan
Nasi Minyak
Ayam Kalio
Ayam Masak Merah
Daging Masak Hitam
Daging Dendeng
Pajeri Nenas
Sayur Campur
Sandwich
Mini Wrap
Kuih-muih Tradisi
Sago Melaka
Minuman Sejuk
Minuman Panas
Gerai Masakan panas
Fasiliti Lain Yang Ditawarkan Di The Grand Oasis
Selain itu The Grand Oasis turut menawarkan pelbagai fasiliti bagi kemudahan tetamu yang hadir ke majlis pelanggan. Kemudahan ini terletak di tingkat 1 dan juga di tingkat bawah berdekatan dengan Main Ballroom.
Surau dan tandas untuk lelaki dan juga perempuan (asing)
Bilik Mesyuarat
Pentas kecil untuk band (kumpulan pemain muzik) yang dijemputkan untuk menghiburkan tetamu
Foto dari FB The Grand Oasis
Pentas utama untuk acara pelancaran, majlis persandingan dan sebagainya.
Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi :-
