Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

EVIS Malaysia Memperkenalkan Produk Ergonomik Meja dan Kerusi Yang Praktikal Dengan Pelbagai Fungsi

$
0
0
Memiliki meja dan kerusi yang praktikal memudahkan kita laksana kerja memang menjadi impian semua orang. Bayangkan satu unit meja dan kerusi yang mempunyai pelbagai fungsi, memberi keselesaan dan memberi lebih nilai kepada kehidupan. Produk seperti ini dikenali sebagai produk ergonomik. Dan EVIS Malaysia merupakan jenama pertama yang memperkenalkan produk ergonomik di negara kita.


EVIS Malaysia Menawarkan Produk Ergonomik

EVIS Malaysia menawarkan pelbagai produk ergonomik yang hebat di pasaran sejak 2017. Dengan misi untuk membawa inovasi terbaik ke rumah, perniagaan, pejabat dan pelbagai lagi, EVIS begitu komited bagi memastikan segala produk yang diperkenalkan dapat memenuhi keperluan pengguna dan juga memberi keselesaan.

Bayangkan jika anda perlu bekerja menghadap skrin komputer terlalu lama. Pastinya ada memerlukan kerusi yang dapat menyokong postur badan. Paling penting ianya mudah dilaraskan mengikut ketinggian. Selain itu apabila duduk terlalu lama, dari sudut kesihatan memang kita memerlukan sokongan terutama di bahagian leher dan pinggang.

Bagitu juga dengan meja. Jika kita mempunyai meja yang mempunyai pelbagai fungsi pasti memudahkan kerja. Bahkan tempat kerja kita akan menjadi lebih tersusun dan teratur. Lebih menarik jika meja tersebut dilaraskan ketinggiannya, memang memberi keselesaan kepada pengguna.

Menggunakan produk ergonomik dalam tugasan harian dapat meningkatkan kualiti kehidupan. Kita akan kurang mengalami sakit belakang, tidak mengalami stress ketika bekerja, boleh elakkan rasa sakit kepala serta tengkuk dan pelbagai lagi.


Meja Berdiri Pintar Pertama Boleh Laras di Malaysia


Inovasi teknologi meja EVIS Malaysia memang yang terbaik. Dengan rekaan meja yang sofistikad, didatangkan bersama 4 butang program bagi membantu pelarasan ketinggian, sistem pengurusan kabel, pengecasan tampa wayar (built-in) dan boleh menampung muatan berat sehingga 150kg. 

4 butang program bagi membantu pelarasan ketinggian meja

Sistem pengurusan kabel yang lebih sistematik

Pengecasan tampa wayar (built-in) 


Selain itu didatangkan juga dengan teknologi anti-perlanggaran yang dapat menghalang meja daripada terus bergerak jika ianya tersentuh dengan sesuatu halangan.

Menggunakan meja EVIS Malaysia dapat menjadikan kita lebih produktif dan bersistematik. Selain daripada tersusun dan kemas, meja ergonomik ini juga memudahkan kita meletakkan gadget penting berdekatan dengan kita ketika bekerja.


Kerusi Ergonomik dari EVIS Malaysia Memberi Rasa Selesa




Menggunakan kerusi yang selesa sememangnya sangat penting. Apatah lagi dalam keadaan yang memerlukan kita berkerja atau belajar untuk tempoh yang lama. Paling penting ianya boleh dilaraskan mengikut ketinggian. 


Kerusi ErgoPro™ menawarkan pelbagai jenis pelarasan sekaligus menjadikannya sebagai kerusi pejabat ergonomik pilihan terbaik  di Malaysia. Dengan lengan boleh laras, sokongan bahagian belakang (lumbar) boleh laras, ketinggian belakang juga boleh laras, serta di bahagian tempat duduknya juga boleh dilaraskan dan ini benar-benar dapat menyesuaikan dengan postur badan anda.


Mudah untuk digerakkan ke mana sahaja dengan adanya 5 roda dan ianya juga dapat memberikan kestabilan yang lebih baik.

Kesimpulan
Untuk mendapatkan kualiti hidup yang terbaik, penggunaan produk ergonomik dari EVIS Malaysia memang sangat disyorkan. Selain dapat mengekalkan momentum kerja serta produktiviti dengan menggunakan produk ergonomik juga membantu kita mengekalkan kesihatan diri pada tahap yang terbaik.

Kita akan kurang rasa stress disebabkan ketidakselesaan. Ini kerana inovasi teknologi ergonomik itu sendiri dicipta untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Untuk berkerja atau belajar pada tempoh masa yang lama tidak lagi sesuatu yang memenatkan. Bahkan kita akan lebih rasa seronok serta bersemangat dengan menggunakan produk ergonomik.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari EVIS Official | Ergonomic Chair & Standing Desk Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933