Bilik rawatan cantik dan kemas
Lebih menarik rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan dan kesesuaian pesakit.
Sebagai contoh salah seorang pesakit yang mengalami masalah luka yang agak teruk sehingga menyebabkan memberi kesan kepada otot di bahagian tangan. Setelah menerima rawatan di Healife keadaan luka dan otot tangannya semakin pulih.
Begitu juga dengan kes pesakit yang tidak boleh berjalan. Setelah melalui beberapa kali rawatan akhirnya beliau dapat berjalan seperti biasa. Rawatan pemulihan di sini bermula daripada diagnosis, nalisi, rundingan, rawatan serta terapi.
Sejarah Healife
Pada tahun 1997, pengasas Healife Dr. Rehan telah memulakan kajian dan penyelidikan secara global bagi mencari jawapan bagaimana boleh merawat penyakit kronik yang dialami. Dengan menggunakan pengalaman lebih 20 tahun dari pengurusan latihan UK akhirnya Dr. Rehan menemui beberapa alternatif rawatan yang boleh disatukan dan memberi kesan/impak yang positif kepada dirinya. Melihat kepada kehebatan rawatan alternatif ini beliau kemudiannya telah berkongsi kebaikan serta manfaat rawatan alternatif ini kepada pesakitnya.
Jenis rawatan yang digunakan seperti:-
- Rawatan Tradisional Cina
- Rawatan Arab
- Rawatan India (Ayurveda)
- Rawatan Moden
Di Healife Kuala Lumpur terdapat 12 bilik rawatan dan di setiap bilik telah tersedia peralatan berteknologi tinggi dan terkini. Antara rawatan yang ada dijalankan disini seperti pengawalan berat badan, diebettis, tekanan pengaeasaan, pengurusan kemarahan, penganjalan kulit, masalah jerawat, perut buncit dan pelbagai lagi.
Staff di Healife mempunyai kelayakan yang diikitiraf dan berpengalaman
Peralatan yang berteknologi tinggi
Mini gym (fizikal terapi)
Antara peralatan yang digunakan dalam rawatan
Harga rawatan adalah berbeza-beza mengikut jenis pakej rawatan yang diperlukan oleh pesakit iaitu diantara RM1500 sehingga RM5000.
Program Kelahiran Semula 100 Hari (100 day Rebirth Program)
Salah satu matlamat Healife adalah untuk memastikan pesakit mereka sihat dan gembira. Ini termasuklah dapat mengurangkan kesakitan (kekal dan sementara), meningkat kualiti hidup, mendapat tidur yang lebih lena dan memperolehi lebih tenaga.
Rawatan yang direka khas bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian pesakit, seperti:-
- rawatan yang mudah diikuti dan dapat lihat keberkesanannya untuk jangka masa panjang.
- oreskripsi ubatan tradisonal
- Pembakaran lemak dan pembentukan semula badan menggunakan teknologi yag terkini
- mengurangkan kesakitan kronik
- bimbingan 1:1 dalam meningkatkan kecergasan dan fleksibel
Berminat untuk rawatan alternatif ini bolehlah hubungi:
enquiry@healife.com.my
Untuk info lanjut, www.healife.com.my