Ayuh Berbuka Bersama Buffet Ramadhan Zai Sri Gemilang di Auditorium MBSA Shah Alam -Ruang dewan yang cukup cantik, luas dan selesa semestinya memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir. Ditambah lagi kepelbagaian pilihan hidangan yang membuka selera, menjadikan buffet ramadhan Zai Sri Gemilang antara pilihan menarik untuk berbuka puasa.
Buffet Ramadan Zai Sri Gemilang
Tarikh:
4 April 2022 - 30 April 2022
Lokasi:
Auditorium MBSA, Shah Alam
Harga Per Pax:
RM89 (dewasa)
RM69 (warga emas)
RM49 (kanak-kanak)
Promosi Early Bird:
RM69 (tawaran dari 18-23 March 2022)
RM69 (tawaran dari 18-23 March 2022)
Hubungi:
013-2874349
DM di IG @zai.srigemilang
PM di FB Zai Sri Gemilang
Di musim pandemik berada di kawasan yang luas memberi lebih keselesaan kepada kita sebenarnya. Kita tidak perlu bersesak-sesak hanya untuk mengambil makanan. Begitu juga dengan meja makan bulat yang disediakan saiznya agak besar. Di mana boleh menempatkan untuk satu meja seramai 8 orang dan ini dapat memberi keselesaan ketika menikmati hidangan dan juga pergerakan.
Sajian Warisan Lama Diperkenalkan
Terdapat begitu banyak menu hidangan yang diperkenalkan dalam buffet ramadhan pada tahun ini. Namun antara yang menjadi tarikan tentunya sajian warisan lama yang sentiasa menjadi pilihan lauk utama ketika berbuka puasa.
Antara yang perlu dicuba tentulah masak lemak daging salai (ini memang padu rasanya, kuah pekat daging salai memang lembut), ayam goreng berempah, sambal tumis udang, sayur campur dan pelbagai lagi.
Selain itu terdapat juga set nasi minyak, pasta dan pelbagai lagi. Ringkasnya pelbagai pilihan menu yang dapat memenuhi citarasa semua peringkat umur.
Roti jala, pecal, kerabu mangga (sedap betul), keropok, segala jenis sambal, salad dan pelbagai lagi ada di buffet ramadhan Zai Sri Gemilang.
Saya sempat juga mengambil jeruk manisan sebagai pencuci mulut. Banyak pilihan dan semuanya menarik!
Gerai Masakan Panas Mendapat Perhatian
Disebabkan lokasi buffet ramadhan adalah didalam dewan besar yang tertutup, tidaklah diadakan masak secara LIVE di hadapan tetamu. Tetapi keunikan gerai masakan panas dari Zai Sri Gemilang ini ialah dengan menawarkan tetamu dengan kepelbagaian hidangan popular di bulan ramadhan dalam keadaan sentiasa panas.
Antaranya seperti roti john dan soto nasi.
Begitu juga dengan Kambing Bakar Majestic yang cukup popular dikalangan pelanggan tetap Zai Sri Gemilang.
Kue teow goreng ini juga tidak kurang hebatnya. Dinikmati bersama cili jeruk atau cili kicap dalam keadaan masih panas-panas memang berselera. Oh ya! Saya menambah 2 kali untuk hidangan ini sahaja.
Apam balik antara menu yang selalu juga dicari ketika di bulan ramadhan. Biasanya kita akan nikmati apam balik setelah menikmati hidangan berat. Ada juga menjadikan hidangan ini untuk santapan ketika moreh.
Kuih Melayu Tradisi dan Kepelbagaian Jenis Minuman Ditawarkan
Melihat kepada pilihan kuih tradisi di buffet ramadhan Zai Sri Gemilang menjadikan perasaan saya begitu teruja. Dengan adanya karipap, onde-onde melaka, kuih cara, agar-agar santan, kuih lapis, popiah pedas, kuih pandan bakar dan pelbagai lagi. Begitu banyak kuih tradisi yang sememangnya sangat dirindui.
Semestinya sesuatu yang cukup istimewa jika dapat menikmati kuih tradisi sebagai pencuci mulut.
Begitu juga dengan pilihan minuman. Terdapatnya minuman sejuk pelbagai jenis dan juga minuman panas seperti teh tarik dan kopi susu.
Antara Yang Menarik di Buffet Ramadhan Zai Sri Gemilang
Datin Zai yang merupakan pemilik kepada Zai Sri Gemilang adalah seorang wanita yang cukup hebat dalam menguruskan empayar perniagaan makanan selama lebih 20 tahun lamanya. Beliau yang memiliki 2 restoran di sekitar Shah Alam turut menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang acara. Dan sepanjang bulan ramadhan tahun 2022, Zai Sri Gemilang berbesar hati menawarkan buffet ramadhan dengan harga yang cukup berpatutan.
Di sepanjang majlis berbuka, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan LIVE dari band jemputan.
Dan di majlis reviu buffet ramadhan baru-baru ini penyanyi Salma turut hadir membuat persembahan yang cukup bertenaga.
Sebagai peminat sajian tradisi melayu, memang saya berpuas hati apabila dapat menikmati segala hidangan yang ditawarkan di buffet ramadhan Zai Sri Gemilang. Dari segi kualiti rasa dan kepelbagaian pilihan memang tidak menghampakan.
Kepelbagaian hidangan enak memberi 1001 keseronokan :-)